22 January 2019

Segmen Drop Your Link! Dan Pemenangnya...



Terima kasih atas penyertaan kalian dalam segmen Drop Your Link! yang diadakan hujung minggu lepas. Maaf la lambat umumkan pemenang. ABM balik rumah mak. Tapi sempat juga baca 3 novel. Eh bukan. 2 novel setengah. Satu lagi belum habis baca.

Dan disebabkan penyertaan kali ini adalah 12 orang, maka ABM memutuskan untuk memasukkan KESEMUANYA ke dalam bloglist ABM. Baik hati tak ABM? Kihkih. 

Namun siapakha Top 3 yang akan mendapat review daripada ABM?

Drumroll!! Trrrrrr trrrrrr trrrrrrrr 

 Berdasarkan listing yang telah dilakukan pada posting yang sama, ABM telah membuat pemilihan rawak menerusi Random.my. Dan keputusannya adalah seperti di bawah. 

No 1.



Blogger ini, lebih dari sekadar pengedar Shaklee di Melaka. Rajin juga join segmen Giveaway dan segmen-segmen lain. Aktiviti seharian juga dipatri dalam blog ini. ABM suka headline dia. Sweet! 


No. 2




Blogger nan seorang ni, ABM memang sangat respek sebab boleh baca buku sampai 2 3 buah sekaligus! Dan review yang dilakukan juga tidak kurang menarik. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, minat ABM membaca kembali membara bila blogwalking kat blog dia ni. 

No. 3



Blog ni ABM suka. Simple. Cerita tentang akiviti seharian, juga rajin join segmen dan giveaway. Blog dia juga simple. ABM Suka dia punya template. Sedap mata memandang. Huhuhu

Oh ya, disebabkan mood ABM sangat baik harini, ABM mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada ketiga-tiga blog ini! Acane? Best? Emel ABM di noorbaizura89@gmail.com untuk berikan alamat penghantaran hadiah tersebut. 

Sekali lagi, terima kasih semua atas penyertaan anda. ABM sangat menghargainya. Doakan ABM ya. Moga Allah rezekikan ABM untuk buat segmen macam ni lagi. Bestnya! 




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!