03 April 2019

Suatu Malam Yang Damai...


Suatu malam yang damai. 

Seorang student perempuan masuk ke dalam library. kemudian dia berlegar-legar di kawasan barrier gate dalam keadaan mencurigakan. 

Di sebelah luar, ada seorang lelaki lebih kurang sebaya dengannya. Berlegar di kawasan barrier gate seperti gadis tadi.

Gelagat mereka mencuri perhatian kami. Sempat aku memberi amaran : satu kad hanya untuk seorang! 

Namun gadis itu berdegil. Dia memberikan kadnya untuk digunakan lelaki itu. 

Sebaik lelaki itu masuk, kami memanggil keduanya ke kaunter. Rakannya yang lain, kami suruh naik dulu.

"Boleh saya tengok kad matrik awak berdua?" 

Si gadis memberi kadnya. Si lelaki mengatakan kadnya tertinggal. 

Tanpa buang masa, aku ambil buku Rekod Salah Laku dan minta mereka berdua isi ruangan tersebut.

Si gadis mengisinya tanpa sebarang masalah. Tiba giliran si lelaki, dia mula gelisah. ruangan diisi hanya separuh. 

"Kak, saya tak ingat no matrik saya."

Aku pandang si lelaki, aku pandang ruangan yang separuh diisi. "Saya perlu maklumat yang lengkap untuk saya hantar ke HEP."

Buntang mata si gadis. Aku hanya senyum. Kawan di sebelah dah stanby.

"Awak bagi saya IC awak. Biar saya semak dalam sistem guna nombor IC." kata kawan sebelah. 

Dia pergi ke kawan sebelah dan hulur IC. Data mula disemak.

"Data awak tak ada dalam sistem ni. Awak betul ke pelajar sini?"

"Ya, saya pelajar sini. Baru daftar minggu lepas." 

Last pelajar dapat kad matrik adalah dua minggu lepas gais. (dari tarikh itu) 

Aku semak kembali Buku Rekod Salah Laku. "Awak cakap dengan saya kad awak tertinggal. Mana satu yang betul ni?"

"Saya pelajar sini, kak. Baru daftar. Kad tak dapat lagi."

"Dah tu kenapa awak tulis kat sini nombor matrik awak 2018?"

Suara aku dah keras semacam. "Jawab saya!"

"Kalau macam tu, saya panggil polis bantuan la. Senang awak cerita terus dengan diorang." kawan sebelah bagi cadangan. Aku diam, setuju. 

"Boleh?"

Akhirnya si gadis bersuara perlahan. "Sebenarnya, dia bukan student sini."

That's it! Aku pandang si gadis. Si lelaki, biar kawan sebelah yang uruskan. Si gadis aku bebelkan sampai hampir menangis. 

Ok. Yang itu aku tipu. Aku diam je la. Tahan marah. Yang kena marah, si lelaki yang kena bebel dengan kawan sebelah.

Habis je kena bebel, aku cakap dengan si gadis, "Lepas ni kalau korang buat lagi, kitorang tak cakap banyak. Kitorang panggil polis bantuan je terus." 

Muka si gadis terus pucat. Mereka berdua kemudian diarahkan keluar dari perpustakaan.

Diorang keluar je, kitorang gelak. Bukan sebab dapat kenakan orang, tapi sebab nak kawal kemarahan yang mendatang. Takut juga termarah orang seterusnya pula. Bahaya.

Apapun, itu bukan alasannya untuk kita langgar peraturan. Setiap apa yang ditetapkan, ada sebab dan kegunaannya. Dan melanggar peraturan hanya akan mendatangkan mudarat.

Sekian.