31 January 2019

Siapa Kita Selepas Mati?



Tenung gambar di atas ini dan jawab soalan ini.. 


1) Di mana duit yg membuat kamu menunjuk merasa diri hebat?



2) Di mana cantik rupa yg membuat kamu bangga dan sombong?



3) Di mana kereta mewah yg membuat kamu berlagak?



4) Di mana sijil taraf pendidikan tinggi yg membuat kamu memaki org yg kurang ilmu pengetahuan?



5) Di mana orang yg kita anggap selama ini yg sentiasa di sisi kita?



6) Secantik manakah rupa kita di dalam kubur?



7) Di mana harga kekayaan yg diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain?



Ada baiknya bila kita kaya di dunia, ada baiknya bila rupa kita cantik tetapi biarlah sifat berperikemanusiaan itu sentiasa menjadi keutamaan di dalam hidup kita...



Janganlah memperlekeh menghina menjatuhkan orang lain kerana inginkan kekayaan semata-mata. Kerana di tanah kubur org kaya dan miskin tiada bezanya apabila semua taraf, rupa dan kekayaan menjadi sama rata. Ketika itu hanya dosa dan pahala di dunia yg akan berbeza.



Tubuh badan kita selepas mati:



3 hari selepas mati kuku mulai tertanggal.


4 hari selepas mati rambut tertanggal dari kepala dan seluruh badan tertanggal rambut dan bulu.


5 hari selepas mati anggota dalaman dan luaran yg membawa kita ke arah dosa mulai mereput.


6 hari selepas mati kulit mulai mereput.


60 hari tiada yg tinggal melainkan tulang sahaja.



Jadi:

Mengapa terlalu bangga?

Mengapa terlalu riak?

Mengapa terlalu sombong?

Mengapa terlalu pentingkan diri?

Mengapa terlalu dengki?

Mengapa terlalu kejam?



Adakah kamu berfikir diri kamu itu adalah milik kamu sendiri? 

Tidak..kerana akhirnya badan kamu sendiri juga tidak akan menjadi milik kamu.

Kesimpulannya apa salahnya kita merendah diri? 

Apa salahnya kita menyebarkan kasih sesama manusia?



Kita hidup di atas takdir Nya. 



Kongsikan ini dan bersama kita sebarkan kasih dan kesedaran sesama kita agar sentiasa bersyukur atas kehendak dan takdir yg sudah ditentukan oleh Nya.

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Kursus Pembentukan Imej Profesional @ ILD Perak


Habis je bercuti di Port Dickson, ABM terus bersiap untuk ke ILD Perak untuk berkursus. Belum pernah lagi la ABM ke sana pada hari cuti... eh ada. Masa induksi haritu. Tapi, sekali tu je la. 

Biasa la, kalau ke ILD, tak sah kalau tak singgah makan kat Tapah. Memang kena dinner kat sana pun sebab tiada dinner di ILD. Ahaks! 

Hari pertama, memang kami diajar banyak tentang pembentukan imej profesional. Baru ABM tahu yang selama ini, attire yang ABM kenakan untuk bekerja, rupanya hanyalah pakaian kasual. Banyak ABM nak kena ubah ni. Hukhuk. 


Sebahagian daripada peserta yang hadir. Tukang ambik gambar itu adalah penceramah kami, Puan Fara. Pustakawan dari UiTM Jengka, Pahang. 


Saje buat muka comel masa ni. Sekali ada orang photobomb pulak. Uhuk uhuk. 

Maka ini menjawab soalan la ke mana ABM menghilang hampir seminggu ni. Alahh alahh alahhh. Nanti ABM belanja #LaguKartun ek? Hikhok. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


31/365


30 hari sudah berlalu sejak ABM bertukar jabatan. Bertukar pejabat. Bertukar lokasi jabal rummat. Macam-macam yang ABM belajar. Dari sistem, kepada polisi. Daripada sikap, kepada perangai rakan sekerja. Daripada peel bos, hingga peel pelajar. 

Bukanlah semuanya serba baru buat ABM, kerana di pejabat lama juga, suasana tidak jauh berbeza. Namun mungkin disebabkan saiz library di sini lebih besar dan statusnya sebagai perpustakaan utama, tekanan tu lebih sikit. 

Masa ABM mula-mula masuk ke sini, pelajar semuanya dalam mood peperiksaan jadi kesibukannya tidaklah terlalu ketara. Kita tunggu je nanti bila pelajar masuk kembali bulan depan. 

Konvo pula bulan 3 atau bulan 4 nanti. Pasti kami akan lebih sibuk sebab masa tu la jumpa peel yang lebih dahsyat, bak kata senior kat sini. Kata mereka, ABM harus bersedia fizikal dan mental. Ada masa sebulan lebih lagi untuk ABM bersiap siaga. Macam nak berperang pula. 

Bulan Januari ni pun memang tak ke mana-mana untuk training ESQ, memandangkan memang tiada training Public yang diadakan di Selangor. Bulan depan baru ada. Anda nak tahu apa pasal ESQ? Boleh klik SINI

Berita sedih yang ABM terima bulan ini, apabila bos lama ABM masa ABM kerja di Ampang dulu, dimasukkan ke wad ICU Hospital Putrajaya. Sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Doktor terpaksa tidurkan dia sebab kalau dia dalam keadaan sedar, banyak benda yang dia fikir, di mana keadaan itu akan menjejaskan kesihatannya. 

Apapun, 31/365. Hari esok dan akan datang, pasti lebih mencabar. Moga Allah sentiasa berikan ABM dan orang sekeliling petunjuk, semoga kami terus berada di jalanNya yang benar. Aamiin Yaa Mujiib. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


30 January 2019

Review Buku : Dreamcatcher Oleh Maya Adira




Dua insan, bersatu atas ikatan pernikahan yang diatur keluarga. Amni, mudah menerima dan mudah menyinta. Sedangkan Khalid, menutup pintu hatinya demi sebuah kisah dan sebuah rahsia yang takkan dia buka. 

Walaupun diperlakukan tidak sepatutnya seperti seorang isteri, Amni masih menjalankan tanggungjawabnya. Tekadnya, selagi talak belum terlafaz, selagi itu dia akan terus berjuang mendapatkan cinta Khalid sehingga habis nafas. 

Keadaan menjadi kecoh apabila Syafiqa, yang sememangnya menyimpan rasa terhadap Khalid, mengambil kesempatan di atas kepincangan rumahtangga yang dialami mereka. Sampai satu tahap, rasa yang ada pada Syafiqa bukan lagi cinta. Tapi obsesi yang membara. 

Apa rahsia yang Khalid simpan, sehingga dia begitu ego untuk mengakui cintanya pada Amni? Apakah Amni akan dapat mendakap cinta Khalid, tanpa menumpahkan air mata? (Memang tak la, kan?) Bagaimanakah obsesi Syafiqa akhirnya akan memakan dirinya sendiri?

Ops, terbagi spoiler pulak. Uhuk uhuk. 

Overall, cerita ni best. Latar tempat di Terengganu, jauh dari KL. Memang ABM suka. Memang tak rugi la baca novel ini. 

ABM baca di PNM Reader. Boleh cari di sana. 


Oh ya. Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Bercuti Ke Port Dickson! Yeay!


Pada hujung minggu yang lalu, ABM bersama keluarga spiritual ABM mengambil kesempatan bercuti di tempat yang paling best... pantai! 

ABM memang suka pantai pun. Dan salah seorang kawan ABM yang bekerja di salah sebuah syarikat gergasi di negara, yang mempunyai banyak rumah rehat di sekitar Port Dickson telah mengusulkan cadangan untuk bercuti di kawasan tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang. ABM terus setuju! 

ABM dan yang lain bertolak dari Shah Alam pada pukul 12 tengah malam hari Jumaat, selepas waktu bekerja. Kami menyusul kawan tersebut yang kebetulan, menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26 di sana. 

Dah gerak tengah malam, pastinya sampai tengah pagi. Jadi bila sampai, kami tidur dulu. Esoknya, terjun laut! 


Ini sikit je ni. Ada yang masih belum sampai masa ni. 


Dah puas main air laut, main tanam-tanam pula. Seronok sebenarnya tanam badan dengan pasir pantai ni. Salah satu terapi juga. Namun ABM belum berkesempatan mencuba. Ya la, baru nak cuba, matahari dah tegak di kepala! 


Percutian kami lebih dari sekadar mandi manda di pantai. Di waktu petang, kami bergotong royong berBBQ di sebelah malam. Kerjasama yang sangat hebat terjalin di sini terutamanya apabila hujan lebat. Api padam weyh! 


Oh ya, rambutan itu untuk dimakan begitu sahaja ya. Siapa yang nak makan rambutan bakar? *pandang langit* 


Kawasan kami berBBQ dan makan-makan di sebelah malam. Ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk di atas rumput beralaskan tikar. Santai! 


Inilah kawan ABM yang sambut aniberseri tu. Kami buat kejutan padanya dengan menghadiahkan sebiji kek yang sangat sedap untuk mereka berdua. 

Pahal dengan mic tu? Haaa..... habis je ucapan, diorang berkaraoke. Seronok! 



Esok paginya, adik-adik riang ini merhiking ke Bukit Putih, tidak jauh dari situ. Nak tengok matahari terbit katanya. ABM malas, so ABM hanya menikmati matahari terbit di tepi pantai. Lagi best! 



Cantik, kan?



Pastilah kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Semuanya seronok dan terhibur dengan percutian kali ini. Ya, ia dirancang di saat akhir. Namun saat itulah yang indah, kan?

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


#WordlessWednesday - Ikan



Lemah betul ABM bila baca ni. Uhuk uhuk. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


25 January 2019

Review Buku : Misteri Penyucian Jiwa


Asyik baca novel je. Kali ini baca buku yang lebih bermanfaat sikit. 


Terasa berat tajuk buku ini? Tidak juga. Buku ni menunjukkan beberapa perbezaan terapi penyucian jiwa yang dianjurkan oleh agama Kristian dan agama Islam dan tentunya, Islam adalah yang terbaik. Perbezaan dari segi apa, dan bagaimana ia dilakukan, semuanya tertulis dalam buku ini. 

Sangat bermanfaat bagi semua. Sebab tu buku ini diklasifikasikan sebagai Buku Wajib Baca. Dapatkannya di pasaran! 


24 January 2019

Al Fatihah...


Masa tengah scroll Whatsapp Status, ternampak gambar ni. Gambar yang dimuatnaik oleh salah seorang makcik ABM, menceritakan betapa rindunya beliau dengan ibunya nan seorang ini. 


Ya, ni maktok ABM. Allahyarham telah pergi meninggalkan kami, 2 bulan selepas pemergian ayah ABM. Dan tidak lama sesudah itu, PakTeh kami pula yang menyusul. 

Mohon sesiapa yang membaca entri ini, supaya membacakan Alfatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dilapangkan kubur mereka.

Mereka sudah pergi. Kita? 


DUIT PEMBERIAN BULANAN ANAK BUAT BEKAL KE AKHIRAT





Ketika beratur di pejabat pos kerana nak beli setem,dihadapan saya seorang wanita yg dah sebaya dg saya, 60 an.Bila tiba gilirannya dia menghulur bil letrik untuk dibayar.

Kerani pejabat pos tu bertanya,"Mak cik bayar bil letrik masjid?"

Wanita itu lantas meletak jari di mulut, menjawab,"Ya,saya berpakat dengan anak-anak untuk bayar bil letrik  masjid kampung saya.Duit yang depa nak bagi kat saya tiap bulan, saya buat bekal makan di akhiratlah."



Subhanallah! Rasa tersentap jantung saya.

Saya lihat wanita puas dengan jawapannya,kerani tu pula mengangguk kepala.

Lihatlah betapa ada orang beringat dan bersedia untuk berbuat kebajikan hingga sedemikian.Diusia senja ini,sudah tidak perlu mengumpul harta dunia utk ditimbun,tetapi kumpul dan timbunkanlah harta akhirat.

Jika anda seorang ibu atau bapa,contohilah wanita ini yg menggembleng anak-anak untuk bersama membuat kebajikan,dlm contoh ini membayar bil letrik air,rumah Allah,mungkin juga jika tidak mampu membayar bil letrik atau air disurau.

Bukan itu sahaja,berbagai kerja kebajikan boleh digabung bersama anak anak seperti bersedekah jariah,membiayai anak yatim,membeli sesuatu keperluan masjid atau surau dsbnya.


Jika anda seorang anak yg bekerja,berilah sedikit pembiayaan kpd orang tua anda utk mereka berbuat kebajikan,buat bekal ke akhirat.Ajak mereka gunakan sumbangan utk berbuat kebajikan,bukan untuk disimpan.

Mungkin waktu muda dulu dia tidak berkesempatan kerana pendapatan habis diguna membiayai pengajian kita,belanja hidup kita,maka kongsikanlah sedikit pendapatan kita dg ibubapa untuk mereka berbuat kebajikan.

Apa salah ajak ibubapa bayar bil masjid,surau,ajak bersedekah barang makanan,menyumbang kpd sekolah agama dll dlm maksud menyedia bekal utk ibubapa kita diakhirat seperti yg disebut oleh wanita itu dlm cerita saya diatas.

Jika ibubapa telah tiada,bekanjakan secubit dari pendapatan utk bersedekah, berwaqaf untuk arwah ibubapa tiap bulan.



Saya pernah juga melihat ada keluarga yg membawa ibubapa dan cucu membuat kerja pembersihan masjid sebagai riadah hujung minggu,mungkin lebih baik dari saja-saja berjoging nak buang tenaga,lemak pusing taman.

Mungkin lebih baik dari menunggu berjam jam ikan meragut umpan dlm panas terik,hanya untuk merasa suspen ikan memakan umpan.Mungkin lebih baik dari menghabis masa dipusat beli belah.



Jika kita selalu berpakat dg ibu bapa adik abang untuk pergi makan kenduri,melancong,berkelah, berziarah,maka hari ini saya nak sarankan jom kita berpakat adik beradik emak ayah untuk berpakat buat kerja kebajikan.

Jika Sultan Brunai boleh bayar bil letrik Masjidil Haram ,kita yg kerdil ini boleh bayar bil letrik atau air masjid kampung kita,atau kampung dipedalaman atau sebuah surau pun jadilah kerana pada sisi Allah bukan banyak atau sedikit,tetapi dibuat dg penuh ikhlas dan atas dasar keimananan.

Jika anda terasa ada benarnya,ayuh mulalah darj bulan ini. Perkongsian Ikhlas Dari Saya RASHDAN BABA

Sumber : Group Whatsapp. 


23 January 2019

Wordless Wednesday : Kahwin



Perasaan bercampur baur. Nak sedih ke nak ke atau nak lempang bapak dia laju-laju. Uhuk uhuk. 


SEGMEN BLOGLIST BY THE WONDERFUL JANNAH


Ghajin pula ABM nak join contest kali ni. Kali ni ABM nak join segmen ni pula. 


Boleh klik banner di atas untuk join :) 

Jannah Ramli. Pemilik blog ini. Suka join contest. Suka buat review buku. Macam ABM. Dan yang penting, yang paling ABM suka, adalah DIA SUKA MAKAN! 

*Gelak sopan* 

Moga-moga adalah rezeki ABM join contest ni. Aamiin... 

Review Buku : Cik Cinderella dan Encik Tengku Oleh Airisz


Ebook seterusnya yang menjadi pilihan ABM kali ini ialah... 


Seorang gadis, ada ayah, ada mak tiri, ada kakak tiri, ada putera raja. Memang lengkap konsep kisah Cinderella. Namun kisah ini berlainan daripada kisah dongeng yang sering diceritakan turun temurun itu. Kenapa? 

Kisah Cinderella yang ini ganas sikit. Sekejap-sekejap, tarik rambut. Sekejap-sekejap, tolak-menolak. Sekejap-sekejap, tampar-menampar. Tak ke ganas tu? 

Don bori. Jika anda seorang yang kurang menggemari kisah-kisah sebegitu, novel ini masih sesuai untuk dibaca. Walaupun bacaan santai, masih ada nilai yang diterapkan untuk pengajaran bersama.

Jom baca! 


GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Orang berbudi, kita berbahasa. Orang join segmen kita, kita join la balik. Barulah aman dan sentosa hendaknya. Tak gitu, Cik Jah?




Klik banner di atas ya untuk join :) 

Hadiah pun lumayan juga. Boleh la merawat hatiku yang luka... eh salah! Boleh la buat cuci muka. ABM pun belum pernah cuba lagi produk Althea ni. Boleh la bagi ABM. Boleh?

ABM suka blog Ombak Bergigi ni. Simple je. Tak banyak kerawang kerawang yang boleh menyakitkan mata. 

Harap-harap la ABM menang yea! Aamiin... 


Review Buku : Kekasihku Mutan Oleh Fadzillah Omar


Kita kembali dalam segmen "Beli Buku Je Lebih, Yang Baca Kotak Je." Ya, makin rajin ABM membaca sekarang ni ek. Hehehe 

So buku yang menjadi pilihan ialah... 


Jangan risau. Ia hanya sekadar tajuk novel. ABM belum ada kekasih, bilanya nak ada kekasih mutan entah. Hahahahaha 

Tragedi kemalangan yang menimpa keluaga Marsyanda ketika dia sedang melanjutkan pelajaran di New York, rupanya adalah dirancang bagi menutupi satu rahsia besar yang disimpan kemas oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Rahsia yang ada kena mengena dengan Adib, lelaki berkuasa luar biasa yang sentiasa menjaga gadis itu dari jauh. 

Apakah Marsyanda akan selamat apabila rahsia besar itu terbongkar satu persatu? Adakah Adib akan terus melindungi Marsyanda, atau dia sendiri yang akan terkorban?

Semuanya terjawab dalam novel ini. ABM bagi 5 WOW sebab best sangat. Bacalah! Pasti anda takkan menyesal.