08 February 2019

Bicara Hati Hari Jumaat



Semoga semua doa kita, semua bicara hati kita, didengar Allah Yaa Samii'. Aamin... 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


07 February 2019

When You Got Nothing To Do...


Pergh kemain tajuk entri bahasa Inggeris. Dalamnya masih bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu! 



Ya, ABM memang suka jadi budak-budak. Dan yang lagi best, bila ada member yang nak join. Makanya, best tu jadi dabellll..... 

Kalau anda ingat aktiviti mewarna ini hanya sesuai dilakukan oleh kanak-kanak, anda silap. Sebab, di MPH, ada je buku mewarna khas untuk orang dewasa. Bukan kerana isinya 18SX (Otak jangan kuning sangat) Namun kerana coraknya lebih mencabar. 

Dan oleh kerana ABM dan member nan seorang ini lebih suka jadi kanak-kanak, maka buku mewarna kanak-kanak la yang menjadi pilihan. 

Siapa kat sini sama macam ABM? Angkat kening! 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Review Buku : Pemburu Oleh Hilal Asyraf


Puas sudah ABM siapkan semua kerja ABM. Dan hari ini, ABM ingin membuat review tentang novel yang baru ABM habis baca masa Tahun Baru Cina haritu. 


Apa yang diimpi, kini bukan lagi fantasi. Doa dan harapan umat Islam dalam menyaksikan perubahan dalam dunia, kini semakin menjadi realiti. Namun, bukan semua orang berkongsi impian yang sama. Malah, ada satu organisasi gelap, yang ingin menghancurkan impian nan satu ini. Organisasi yang bergelar, Kesatuan Pemburu. 

Kesatuan ini, bukan sekadar kesatuan biasa. Ahlinya dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran dan skil yang tidak terjangkau manusia biasa. Malah, seawal usia 9 tahun mereka telah direkrut untuk menjalankan misi menggagalkan impian umat Islam. 

Bakri dan Mustapha, dua nama yang dianggap biasa bagi sesetengah orang. Namun dua nama itulah yang menjadi sasaran Kesatuan Pemburu, terutamanya Mustapha. Sejak diburu, mereka sering berpindah randah bagi mengelak dikesan. Namun mereka bukan insan yang lemah. Tiba masanya, mereka bangkit kembali! 

Apa hubungan Bakri dan Mustapha dengan Kesatuan Pemburu? Dendam apa yang terjalin antara mereka? Apakah mereka berjaya dalam pelarian ini? Atau mereka pula yang akan memburu Pemburu?

Segalanya terjawab dalam novel Pemburu ini. Sumpah best! Bacalah! 


Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


06 February 2019

#WordlessWednesday - Fall



Choose to stay, or choose to get up! 


Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


04 February 2019

Photo Of The Year



Comel, kan?


Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Review Buku : Samurai Melayu Oleh Hilal Asyraf


Disebabkan minggu lepas agak sibuk sikit dengan kerja dan kerja dan kerja, maka hobi membaca terpaksa diperlahankan. Bukan berhenti terus ya. Perlahankan sahaja. Dan ini adalah buku pertama ABM untuk Februari ini. 

Samurai Melayu oleh Hilal Asyraf. 


Teruja kan? ABM memang suka sikit bila bab Samurai, Ninja dan Jepun ni. Sebab tu, anime Naruto juga yang menjadi pilihan. 

Fokus, Zura. Fokus. Baik.

Ryujin, nama lain bagi Mus'ab. Anak Melayu yang dibesarkan oleh seorang samurai di Jepun, yang ditemuinya selepas peristiwa tsunami yang melanda semasa anak muda itu melancong bersama keluarga ke sana. Dibesarkan dan diasuh untuk menjadi salah seorang algojo untuk pertubuhan Ryuken, yang mempunyai misi besar untuk menawan dunia dengan caranya sendiri. 

Namun, siapa sangka, Mus'ab tega mengkhianati pertubuhan itu setelah kembali ke Malaysia? Dan pengkhianatan itu bukan sahaja menyebabkan keluarganya dalam bahaya, malah lebih dari itu. 

Nak tahu lebih lanjut? Kenalah baca novel ini. Serius penuh debaran dan plot twist dia pun ABM suka. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Google Plus Bakal Ditutup?


Hari-hari memang ABM akan buka emel. Selain nak tengok komen di blog (yang memang ABM akan tetapkan notifikasi), ABM juga gunakan emel ini untuk beberapa urusan rasmi. 

Dan ABM dapat emel ini. 


Google Plus akan Shut Down? Ya, ia akan ditutup pada 2 April ini berikutan beberapa isu yang telah dinyatakan di atas. Sedih memang sedih, namun apa lagi yang boleh dibuat? 

Komuniti blogger di Google Plus memang best, walaupun ABM jarang menjengah ke sana. Ramai juga follower ABM di sana, walau belum mencecah seribu orang. Ada di antara kenalan ABM yang pertama kali bersua menerusi platform ini. 

Apa yang akan berlaku bila ia tutup nanti? Hurm, entah la. Selalunya bila sesuatu platform sosial ni ditutup, apa sahaja data yang berkaitan akan terhapus sama. Entah. ABM pun kurang pasti tentang itu. 

Kepada 592 followers ABM di Google Plus, boleh LIKE Fan Page ABM di SINI, follow ABM di Twitter (SINI) atau di Instagram ABM (SINI) Akan datang, sekiranya ada rezeki ABM anjurkan apa-apa segmen, ABM akan minta kalian follow platform sosial ABM ini. 

Terima kasih Google Plus atas perkhidmatan sepanjang saya menggunakan anda. Mohon maaf atas segala salah silap. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. 


Pemenang Segmen The Wonderful Jannah


Blogging punya blogging, jumpa satu lagi entry pengumuman pemenang segmen bloglist The Wonderful Jannah. Jujur, ABM hampir lupa yang ABM ada sertai segmen ini. So buka entry ni dengan harapan yang... biasa-biasa je. Sekali... 

Nama ABM naik lagi! Alhamdulilah... 

Terima kasih blogger The Wonderful Jannah kerana mengizinkan saya menyertai segmen ini. Ada masa, buat la lagi. Seronok sebenarnya bersegmen sebegini. Kita dapat kenal dengan ramai blogger lain di seluruh Malaysia. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Pemenang Bloglist Exchange Segment by Abam Kie


Ofis agak sendu harini. Ramai 'anak Cina' yang pulang ke kampung. Hehehe. Kampung ABM 'jauh' sangat. jadi ABM mengambil keputusan untuk tidak mengikut jejak mereka. Lagipun, ABM perlu bercuti minggu depan untuk ESQ Training. Siapa nak tahu pasal ESQ boleh klik SINI

Sistem pula tergendala selama seminggu, jadi tidak banyak kerja yang boleh dilakukan. Minggu lepas, bos ada minta buat draf kertas kerja untuk program yang akan datang. Salah save pula! Nak save kat dalam pendrive, sava dalam laptop pula. Haduh! 

Jadi pagi ni, berblogging dulu sambil jaga kaunter. Terjah bloglist dulu. Nampak Abam Kie dah update pemenang untuk segmennya Bloglist Exchange Segment by Abam Kie. Jadi tanpa membuang masa, ABM terus klik dan.... 


Nampak gambar ni dulu. Huish berdebar ni. sekali skrol ke bawah sikit... dan... 


Nampak tak tu? Nampak tak tu? Yaa Allah, terujanya! Syukur Alhamdulilah. Walaupun kita hanya dapat kad raya, namun ingatan itu yang lebih penting. Dah lama tak dapat kad raya. Yeay! 

Terima kasih Abam Kie atas kesempatan menyertai segmen ini. Tahniah juga buat semua pemenang. Nanti kalau ada rezeki, kita bekerjasama buat segmen ya. Pasti lebih gempak! 


Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI