21 February 2019

Unleash Your Strength! Bila? Di Mana? Bagaimana?





HARTA YG PALING BERHARGA YG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA ANDA...‼

SUDAHKAH ANDA MENGENALINYA⁉
.
.
Apabila kita telah mengenalinya, kita akan dapat menggunakannya secara SEDAR dan BERKESAN. Selain untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita juga dapat menggunakan kekuatan kita Itu untuk menghadapi cabaran dan mengapai impian.

Apa beza menggunakan KEKUATAN secara sedar berbanding secara tidak sengaja?  

Terlalu jauh.. ibaratnya anda berjalan di malam yg gelap, mengetahui kekuatan diri secara sedar, ibarat anda mempunyai lampu suluh di tangan. Anda boleh menyuluh di mana yang anda perlukan.

Menggunakan kekuatan secara tidak sengaja, ibarat menumpang cahaya bulan utk menyuluh jalan. Ada waktu bulan ada, ada waktu tidak...
.
.
Dalam Program UNLEASH YOUR STRENGTH anda akan dibantu menemukan kekuatan diri anda dan bagaimana untuk menggunakannya. Ia akan membawa anda ke suatu DIMENSI BARU yang sungguh indah.  
.
* * * * * * * * * * * * *
Program : UNLEASH YOUR STRENGTH
Tarikh : 2 March 2019
Masa : 8.30am - 6.30pm
Tempat : Amazing Hall, MSQ Damansara Perdana 
Facilitator : Pak Firdaus Djamaris & Coach Huda
* * * * * * * * * * * * * 
.
Yuran :
πŸ“Œ RM590 seorang
.
Program ini termasuk :
✅ Assessment Strength Finder & 3 Report
✅ Bengkel 1 Hari
✅ Makan tengah hari, Snacks, Free Flow drinks
✅ Handout
✅ Sijil
.
Exclusively to 25 participants ONLY!!
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
.
Tekan je link di bawah SEKARANG!πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
.

17 February 2019

ESQ PTP Angkatan 109 di SACC, Shah Alam


Banyak sebenarnya yang ABM ingin kongsikan tentang apa yang berlaku seminggu dua ini. Tu yang banyak entri dalam masa sehari ni. Kalian.. tak kisah kan?

ESQ Personal Transformation Program telah diadakan pada 9 hingga 11 Februari yang lepas di SACC, Shah Alam. Lebih 450 peserta telah mendaftar dan hadir selama 3 hari bagi merasai sendiri pengalaman menghadiri program yang hebat ini. ABM sebagai salah seorang crew yang terlibat turut berbangga melihat komitmen mereka.



Khusyuknya makcik sorang ni. Tekun buat kerja! 


Sebahagian daripada mereka yang hadir. Penuh ruangan! 


Crew yang bertugas di dalam dewan. ABM bertugas di luar. Sebab tu la, tudung pun lain warna. 


Semangat betul kami apabila ke depan untuk menyanyikan Jalur Gemilang. Eh? Ada kelibat seseorang la. Weh! Itu Kak Ina! 

Seronok sungguh ABM bila dia datang untuk sama-sama jadi ATS. Dah lama menyepi, sekali datang, zasss!!! 


Salah satu aktiviti yang terdapat dalam program ini. Berbeza dengan program lain di mana peserta hanya duduk diam di atas kerusi, peserta akan dilibatkan dengan pelbagai aktiviti fizikal sesuai dengan kemampuan dan semangat mereka. 

Ingin join? Program seterusnya akan dipandu sendiri oleh pengasasnya, Dr Ary Ginanjar Agustian. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut.



Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Contest Anniversary 7 Year Miss Nadya


Tiba-tiba rasa macam nak join segmen giveaway pulak. Hukhuk. 


Siapa lagi yang nak join ABM, boleh klik gambar di atas ya. 
Tarikh tutup contest ini ialah 7 Apri l 2019 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Review Buku : Psiko Oleh Rosa Nur


Dan kerana kekangan waktu juga, masa untuk membaca itu semakin sedikit. Namun ABM gagahkan juga diri untuk membaca walaupun di celah-celah kesibukan kerja. Dan....


Nak baca novel ni pun terpaksa tutup mata. Mana tidaknya, kekejaman yang dilakukan oleh si psiko dalam novel ini memang tidak dapat dijangka! ABM pula jenis suka memvisualkan apa yang dibaca, jadi ngeri pula rasanya bila ia terjadi. 

Namun jangan disangka novel ini tiada pengajaran. Ada unsur persahabatan, kekeluargaan dan cinta yang cuba ditunjukkan oleh penulis ini. Keluar dari kotak pemikiran orang ramai yang setiap novel itu mesti membawa kisah cinta, novel ini memberi sedikit kelainan apabila seorang gadis yang dibuli oleh rakan sekolahnya, kembali untuk membalas dendam. 

Perasaan? Mula-mula kita akan rasa kesian dengan si psiko dan benci pada pembulinya. Namun lama-kelamaan perasaan itu akan bertukar tempat tanpa kita sedari. Namun anda tidak akan berhenti dari terus membaca novel ini sehingga helaian yang terakhir. 

Pendek kata, novel ni memang best la. Moral of the story, jangan membuli! 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI