27 September 2019

DOA MOHON PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR




Baginda Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa dikehendaki oleh Allah SWT akan diberikannya kebajikan dan keutamaan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman yang mendalam (kefakihan) dalam urusan agama".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Oleh itu, mari sama2 kita memohon...

๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu Dan limpahkanlah ke atas kami khazanahMu...Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab...ampunkanlah dosa2 kami.  Bersih sucikanlah hati kami Ya Quddus Ya Jalil.  Bukakanlah Ya Fattah buat kami kefahaman ilmu Zohir & Batin utk kami menjadi sebaik-baik hamba dan KhalifahMu.  Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid...alirkanlah kepintaran dan kefahaman yang laju sepantas cahaya sederas tsunami ke dalam Otak & Hati kami utk kami MEMAHAMI seluruh ilmuMu.  Tiadalah daya kami melainkan daya dan bantuanMu semuanya Laa hau lawala quwata illahi billah hil'aliyil 'adzim.  PadaMu kami berserah diri dan bergantung harap Ya Wakil Ya Baari' Ya Somad...Aamiin Ya Mujib Ya Rabbal' Alamin๐Ÿ’ž

19 September 2019

"Seseorang yang ada sifat ego sebesar zarah, dia akan sentiasa dalam kepenatan"



Semua buat silap.

Namun JANGAN EGO UNTUK MENERIMA TEGURAN.

Kata al Habib Umar ben Salim:

" Seseorang yang ada sifat ego sebesar zarah, dia akan sentiasa dalam kepenatan"

Tapi yang lebih merbahaya, bila ada sifat SOMBONG kerana RASULULLAH ุตู„ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

" Sesiapa yang ada sebesar zarah sifat SOMBONG,  maka tidak layak SYURGA UNTUKNYA"

Bila mana orang menegur kita, bermakna orang itu sayang. 
Bila mana orang menegur secara berkias kepada kita, kerana sifat SOMBONG dan ego kita untuk menerima teguran.
Bila mana orang menegur secara umum, kerana kita telah melakukan maksiat @ mungkar secara umum.

.
.
Mohonlah pengampunan ALLAH TAALA.  Semua buat silap. Andai kita tetap mengatakan kita betul, satu persatu AIB KITA DIBUKA ALLAH TAALA. 

Jangan ingat orang SENGAJA MEMBUKA AIB , Jika kita yang SENGAJA MEMBUKA PINTU AIB.

Astagfirullaha lil mukminina wal mukminat

MAJLIS ZIKIR 99 ASMAUL HUSNA




MAJLIS ZIKIR 99 ASMAUL HUSNA

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, 
selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 

Dengan ini ingin saya ingin menjemput semua sahabat bidadari untuk ke Majlis Zikir 99 Asmaul Husna yang akan diadakan pada :

Tarikh : 20hb Sept 2019 (Jumaat)
Waktu : 9.00 mlm
Tempat : Unit A-22-02A

Marilah semua sama2 kita berusaha untuk beramal dgn mendekati nama-nama Allah yang terindah yang akan menjadi amalan seharian kita sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah yang bermaksud : "Allah itu memiliki 99 nama yang baik.  Sesiapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga."

Dan di dalam surah Al-A'raf ayat 180,  Allah SWT telah berfirman, maksudnya, "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya.  Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."

Semoga Allah sentiasa merahmati usaha kita ini, In shaa Allah. ๐Ÿ’–๐Ÿ’ž

Infaq dan potluck dialu-alukan.

18 September 2019

I HATE UiTM - WHAT?


Hari ni saya naik bas macam biasa. Dan macam biasa juga mata ni meliar ke kiri dan ke kanan. Dan mata ni tertancap ke satu pemandangan yang.... 

  I HATE UiTM

Saya nampak perkataan di atas dalam Whatsapp Status orang di hadapan saya. Tergamam saya seketika. 

Apa ni, dik? Kenapa nak kena benci tempat kalian belajar? Tempat kalian menimba ilmu? Dalam keadaan baru 3 minggu semester baru bermula? 

Saya yakin, pasti ada sesuatu yang membelenggu anak muda itu. Namun itu bukan menjadi alasan untuk anda membenci tempat anda belajar. Itu juga bukan lesen untuk awak menunjukkan rasa benci itu kepada umum. 

Ya, saya tahu, awak tulis di Whatsapp Status. Awak kena faham sesuatu. Status Whatsapp dibaca oleh orang yang simpan nombor telefon awak. Dan awak jangan yakin yang awak tahu semua orang yang simpan nombor awak. Kalau awak tahu sekalipun, awak takkan tahu hati mereka. Boleh jadi mereka akan screenshot status awak dan majukan ke pihak yang berkenaan. Masa tu awak nak cakap apa?

Dan awak juga kena ingat. Status Whatsapp apabila ditulis secara direct, fontnya sangat besar, sehingga saya yang duduk agak jauh daripada awak pun boleh nampak status awak. Itu baru saya. Kalau orang yang berkenaan, awak nak cakap apa?

Kalau betul awak benci UiTM, lakukan dengan cara yang betul. Kalau betul dah betul tak nak belajar di sini, senang je. Ambil borang berhenti belajar, isi dan lengkapkan. Hantar pada pihak yang berkenaan. Tiada siapa yang akan marah awak, dik. 

Bukannya meroyan di Status Whatsapp macam tu. Tak elok dik. Bahasa melambangkan personaliti kita. 

(Bayangkan pensyarah awak yang baca status tu, dan tanya awak terang-terangan di dalam kelas. Masa tu awak nak cakap apa?)

Eh, penat pula membebel ni.

17 September 2019

SIFAT HAMBA & BICARAHATI ASMA'UL HUSNA SEBAGAI HAMBA2NYA


Bismillahirrahmanirrahim
Lailahaillallah MuhammadurRasulullah 

SIFAT HAMBA & BICARAHATI ASMA'UL HUSNA SEBAGAI HAMBA2NYA

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Merasa Kehebatan Allah :

Allahumma ya Fattah/(Maha Membuka) ya Adzim(Maha Agung) , Bukalah Rahsia KeAgungan-Mu pd Pandangan Matahati kami agar kami dpt MengAgung²kan Kehebatan-Mu dlm Mencipta(Allahumma Ya Kholiq) ,Mengurus(Allahumma Ya Waaliy) , Mentadbir(Allahumma Ya Wakil) dan Memelihara 7 Lapisan Langit dan Bumi serta Seluruh Isinya(Allahumma Ya Malik Mulk)๐Ÿ˜ฃ

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Bergantung Penuh kpd Allah:

Allahumma Ya Rahman(Maha Pemurah/pengasih) ya Rahim(Maha Penyayang) ya Wahab(Maha Memberi Pertolongan) ya Karim(Maha Memberi Tanpa diminta) , Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Menolong Hamba²Mu, Kami Menyerahkan Setiap Detik Kehidupan kami dlm Bantuan dan PertolonganMu. Allahumma ya Somad(Maha Diperlukan) , Engkaulah Tempat Pergantungan kami, Ikatkan Hati kami utk Sentiasa Bergantung kpd-Mu ๐Ÿ˜ข. Ya Mumit(Maha Mematikan) , Putuskanlah Pergantungan kami kpd Makhluk-Mu.

๐Ÿ’ก  Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Merasa Takut kpd Allah:

Allahumma Ya Dhorru(Maha Memberi Mudarat kerana kasih sayangNya) ya Hakam(Maha Menghukum) Ya Muntaqim(Maha Memberi Azab) , Masukkan Rasa Gerun & Takut ke dlm Hati kami akan Azab Neraka-Mu. Sesungguhnya Engkau lah yg Maha Memberi Mudarat,Maha Menghukum dan Maha Memberi Azab pd Hamba²Mu yg Engkar dan Kufur ๐Ÿ˜ฃ. Ya Hafiz(Maha Menjaga) ya Muhaimin(Maha Memelihara) Ya Waliy(Maha Melindungi) ,Lindungi kami dari menjadi Engkar dan Kufur padaMu ๐Ÿ˜ฃ

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Melaksanakan Agenda Allah:

Allahumma ya Baari'(Maha Merancang/Merencana) yg Maha Mengatur Agenda hidup(Allahumma Ya Muhyi) hambaMu, Kami Menyerahkan Seluruh Jiwa Raga kami utk Engkau Aturkan Mengikut Kehendak-Mu(Allahumma Ya Qadir) kerna Engkaulah sebaik² Pengatur dan Perancang.

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Sabar Menanggung Ujian :

Allahumma ya Sobur(Maha Sabar) Kurniakan Jiwa kami Kesabaran yg tinggi(Allahumma Ya 'Aliy(Maha Tinggi), Ya Muta'aliy(Maha Memiliki segala ketinggian) agar kami sentiasa Sabar dan Tabah dlm Mengharungi Setiap Ujian Kehidupan ini.๐Ÿ˜ข

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Menginsafi Diri :

Allahumma ya' Aliy(Maha Tinggi) ya Muta'aliy(Maha Memiliki segala ketinggian) , Engkaulah yg Maha Tinggi dn kami hamba yg Rendah. Masukkan Rasa Kerendahan dlm Jiwa kami TerhadapMu. Sekiranya ada Sezarahpun Rasa Tinggi diri & Hebat diri, Engkau Bersihkan dan  Sucikanlah Rasa yg Kotor itu dari Hati kami Ya Quddus ya Jalil agar kami menjadi sebenar²(Allahumma Ya Haq) Hamba abdi-Mu ๐Ÿ˜ฃ

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Redha atas Takdir & Ketentuan Allah:

Allahumma ya Qadir(Maha Berkehendak) ya Muqtadir(Maha Menentukan) , Masukkan Rasa Redha dlm Jiwa kami di atas Setiap Kehendak dan TakdirMu yg Engkau Hadirkan Dalam Hidup kami. Sesungguhnya setiap TakdirMu adalah Baik(Allahumma Ya Barr) bg kami kerna ianya Penuh dgn Kesempurnaan(Ya Quddus) dan Kasih SayangMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Quddus(Maha Suci/Sempurna) ya Barr(Maha Baik/dermawan) ๐Ÿ’–

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba yg Sentiasa Memuji dan Membesarkan² Allah:

Allahumma ya Baari'(Maha Merancang/Merencana) ya Hamid(Maha Terpuji) , Aturkan Hati dan Lidah kami utk Sentiasa Memuji²Mu. Ya Fattah(Maha Membuka) ya Kabir(Maha Besar) ya Mutakkabir(Maha Memiliki segala kebesaran) , Bukalah Rahsia Kebesaran-Mu dan Bimbinglah kami ya Haadi utk Membesar²kan-Mu dgn Selayaknya bagiMu❤

๐Ÿ’ก Untuk Menjadi Hamba  yg Sentiasa Memohon Ampun dari Allah :

Lafas Istighfar Astagfirullahaladzim, Allahumma ya Affuw(Maha Pemaaf) ya Ghaffar Ya Ghofuur (Maha Pengampun) ya Tawwab(Maha penerima Taubat) ya Quddus(Maha Suci/Sempurna) Ya Jalil(Maha Jernih/luhur) , Maafkan kami, Ampuni Dosa² Kami dan Terimalah Taubat kami ๐Ÿ˜ญ. Suci Jernihkan Hati kami dari Segala Penyakit² Hati, Karat² Dosa, Berhala Dunia, Kotoran Syirik dan Syaitan yg Mengalir dlm Darah. Allahumma ya Baaqi(Maha Kekal) ya Quddus(Maha Suci/Sempurna) ya Jalil(Maha Jernih/luhur) ya Maani'(Maha Mencegah) , Kekalkan kami dlm Kesucian agar kami terhindar dr Melakukan Dosa dan Maksiat kpd-Mu ๐Ÿ˜ญ

Amiiin ya Mujib (Maha Memakbulkan Doa) Ya Syahid(Maha Menyaksikan) Ya samee'(Maha Mendengar) ya Rabbal'alamin. ๐ŸŒน

๐Ÿ•‹ @bicarahatiAsmaULhusna๐Ÿ•‹
@HatiKecil

Semoga kita menjadi Hamba2Nya yang sentiasa ingat mengingati tentang kebenaran,

Allahumma Ya Latiff(Maha Lembut)Ya Sobur(Maha Sabar). Berpesan-pesan dengan kelembutan dan kesabaran

FASTABIQUL KHAIRAT.
AHADUN AHAD

Sumber : Grup Whatsapp Asmaul Husna Damansara 

12 September 2019

Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!




Alhamdulilah, berlangsung sudah training ESQ Angkatan 112 yang diadakan di IDCC, Shah Alam pada 7 hingga 9 September 2019 yang lalu. Training yang dihadiri lebih 250 peserta ini turut dihadiri oleh insan istimewa, iaitu... 


Alhamdulilah, Dato' Seri Mahadi juga berkesempatan menghadiri training ini. Terima kasih di atas kesudian Dato' Seri. 

Suasana di dalam dewan training. 

Dah lama tak jadi ATS sejak sentiasa bertugas di luar dewan sebagai crew Card Center, kali ni saya bagaikan melepas rindu. Mana tidaknya, dah lama kan. Mestilah teruja, seronok dan berdebar dalam masa yang sama. 


Pagi. Taklimat ringkas pada ATS sebelum menyambut dan menyantuni peserta, bakal alumni ESQ Angkatan 112. 



Training disampaikan oleh Jurulatih / Speaker Berlesen dari Dr Ary Ginanjar Agustian, Tuan Firdaus Djamaris. Guru saya sepanjang tempoh 10 tahun ini. 


Apa yang menariknya tentang training ini ialah ia adalah sebuah 'Life-Time Investment'. Bermakna, anda hanya perlu menjadi peserta sekali sahaja dan anda akan menerima akses untuk mengikuti kelas yang sama (level yang sama) secara percuma. Dan mereka di belakang dewan ini adalah antara mereka yang menggunakan sepenuhnya kemudahan itu untuk caj semula (recharge) ilmu yang sedia ada.




Berbeza dengan program lain, program ini merupakan experience training. Menggunakan tiga elemen asas pembelajaran iaitu Visual, Audio & Kinestatik (VAK) training ini membuatkan anda tidak akan duduk di tempat yang sama dalam tempoh yang lama. Ini yang saya suka!



Special sangat training kali ini kerana ia turut dihadiri Nubhan, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia. Beliau sanggup datang dari Seremban bersama isteri tercinta semata-mata untuk menghadiri program ini. Tahniah! 


Oh ya, dia memang tinggi. Saya terpaksa berjengket ketika ambil gambar ini. Tinggi benau abam ni haih! 


Orang ambil gambar dia, dia pun sibuk nak ambil gambar kita. Haduh la!



Training seterusnya akan diadakan pada 2 hingga 4 November ini di Flamingo Hotel, Ampang. Bagi mereka yang berminat, boleh terus klik di SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. 

Jumpa anda di sana!