MENGENAL DIRI
Mengenal diri itu adalah buah dari penyucian nafsu. Bicara tentang hakikat diri tanpa menempuh penyucian nafsu ibarat berenang di atas pasir di tepi pantai.
Ia mudah menjerumuskan diri ke dalam hutan kesesatan ilhad, yang akhirnya membawa kepada BERTUHANKAN NAFSU SENDIRI... ia berlawanan dengan perjalanan HAKIKAT dan MAKRIFAT yang sebenar..
Hati-hati di zaman ini ramai ahli hakikat jadian yang menzahirkan diri setelah melihat arus kuat kesedaran masyarakat khususnya orang-orang muda tentang peri pentingnya mencapai hakikat dan makrifat dalam menyempurnakan agama.
Penanda aras kepada kebenaran hakikat dan makrifat ialah adab dan akhlak kerana itulah tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w...
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Hanya sanya Daku diutuskan untuk menyempurnakan kesempurnaan akhlak.
[ مسند البزار عن أبي هريرة]
alhamdulillah moga bermanfaat
ReplyDelete