Subhanallah, indahnya ciptaan Allah!
Mengikut statistik pelancong-pelancong dari Asia, Eropah merupakan salah satu daripada lokasi yang paling ramai menerima pelancong setiap tahun. Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah seperti Turki, Barcelona, London, Paris, Copenhagen, Berlin dan banyak lagi negara lain.
Sudah pasti Turki menjadi salah satu negara yang wajib menerima kunjungan dari pelancong di Asia. Sebab apa? Disebabkan negaranya yang berunsurkan islamik, dan mudah untuk pelancong muslim mencari makanan-makanan halal. Tidak perlu bimbang atau was-was dalam mencari makanan.
Jadi hari ni saya nak kongsi beberapa tips atau panduan yang boleh digunakan kalau anda nak melancong ke Turki. Disebabkan Turki ni jauh dari Malaysia, sudah tentu tiket penerbangan menjadi perkara paling penting yang perlu difikirkan.
Sebenarnya banyak juga syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Turki. Tapi sejauh manakah keselesaan anda dijaga sepanjang penerbangan? Nak ke Sabah pun dah macam sakit pinggang, ini kan pula ke Turki. 15 jam penerbangan bukan masa yang singkat tau!
Jadi apa yang saya boleh cadangkan, anda boleh pilih sama ada naik Qatar Airways airlines atau Emirates. Harga memang agak mahal sikit. Tapi kita kena pandai cari di beberapa tempat. Antaranya adalah di Traveloka. Kalau anda rasa Qatar airways terlalu 5 bintang untuk anda, apa kata anda cari cheap online promotion for Malaysia Airline. Mana la tahu dapat harga yang kena dengan bajet poket anda. Boleh jimat duit nak shopping kat Turki nanti.
Dah selesai bab tiket penerbangan, kita beralih pula kepada beberapa tips yang lain.
Penginapan
Kalau ke Turki dengan bawak keluarga atau berdua, anda tak perlu risau dengan tempat penginapan sebab banyak tempat penginapan yang tersedia Pilih saja anda nak berapa bintang. Kalau sekadar mencari tempat untuk tidur dan hanya berdua, elok la ambil yang 2 atau 3 bintang sahaja. Namun kalau inginkan privasi, menikmati keindahan di Turki dari pintu kaca bilik, ambil yang 5 bintang. Saya yakin anda akan berpuas hati sebab selalu hotel yang 5 bintang ni tempat dia strategik.
Makanan Halal
Ops, ini bukan makanan. Ini cenderahati. Cantik kan?
Ini lah salah satu sebab utama kenapa Turki menjadi tumpuan pelancong dari Asia. Sebab senang sangat untuk dapatkan makanan halal. Makanan dia pun tak mahal sangat sebenarnya dan kuantitinya pun agak banyak. Kalau anda jenis tak makan banyak, boleh kongsi satu hidangan. Jadi apa yang wajib untuk anda cuba?
Sudah tentu menemen (masakan telur yang dicampur dengan tomato serta pilihan daging yang sesuai), dolma, kebab, dondurma (aiskrim Turki) dan banyak lagi. Sedapnya (kecur air liur). Tapi kalau anda jenis yang suka pedas, sila import masuk sos cili dari rumah. Sebab kat sini sos cili rasa macam sos tomato kita je. Tak pedas.
Language barrier
Haa.Jangan terkejut pulak. Walaupun Turki ni sebuah negara yang maju, majoriti masyarakat sini tak pandai berbahasa Inggeris. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah ikut pepatah melayu. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.
Pergi kedai buku berdekatan dan beli satu buku bahasa turki. Tak mahal pun. Belajar perkataan asas je untuk kesenangan anda kat Turki nanti. Kalau terdesak sangat, anda boleh tanya kat kaunter pertanyaan atau kedai serbaneka (ala yang macam 7E tu). Selalunya dua tempat tu je yang boleh speaking London kata ko. Apa pun anda jangan risau, orang Turki sangat suka membantu. Tapi kita masih kena berhati-hati.
Keselamatan
Untuk keselamatan sepanjang berada di Turki, tolong berhati-hati dengan penyeluk saku dan penipu (scammer). Kalau kat Malaysia scammer ni datang dari internet dan phone call. Tapi berlainan di Turki. Mereka tipu dari segi ajak minum, ajak jalan di lorong-lorong sepi, lap kasut, minta sedekah dan banyak lagi cara lain. So kalau ada yang ajak minum tu, jangan ingat mereka peramah. Salah wei. Mereka nak pau je tu. Jadinya hati-hati kat sana okay.
Kebersihan
Untuk muslim, masjid dan surau sangat banyak kat Turki. Boleh kata dekat dekat aje suraunya. Tapi ada diantaranya tidak menyediakan tempat wudhu bagi muslimah. Jadi pandai-pandai la bawak air botol ke, Botol spray ke dan tisu basah bagi keselesaan anda nak beribadah. Tandas pula kebanyakan perlu bayar untuk masuk. Tak jumpa lagi yang percuma. Tapi jangan risau. Tak mahal pun. Kalau tak nak bayar jugak, melepas siap-siap apa yang patut kat hotel.
Itu la dia beberapa panduan yang aku dapat kongsikan dengan anda kalau anda nak melancong ke Turki, yang anda tahu mempunyai keindahan panorama yang sangat lawa. Masyarakat dia pun majoritinya peramah dan suka membantu. Kalau anda nak rasa hidup gaya Turki, boleh menginap kat rumah masyarakat Turki. Nanti jangan lupa request untuk masakan tradisional. Mahal jugak kenanagan tu.
Selamat bercuti semua.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!