Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunya masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, seudara terdekat dan kenalan di kalangan pembaca tulisan-tulisanku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereaka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif sanak-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya 'perang' sendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.
Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, kika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya... tetapi iman mereka lebih besar daripada imanmu ketika menanggung dan menghadapinya!
Daripada Facebook Ustaz Pahrol Mohd Juoi, 3 Mac 2020.
Sangat kena posting ini dengan situasi sekarang, kan?
Setiap orang daripada kita sedang berperang dengan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu, selain daripada perang melawan COVID 19 sekarang ini.
Hormat mereka. Bantu mereka. Bantu diri sendiri. Duduklah di rumah. Dunia ini bukan hanya tentang kamu dan hanya kamu.
25 March 2020
06 March 2020
COVIDγΌ19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 6pm, 5 Mac 2020
COVIDγΌ19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 6pm, 5 Mac 2020.
Kematian makin meningkat di Itali (107), Korea Selatan (36) dan Amerika Syarikat (11).
KKM menasihatkan orang ramai menangguh perjalanan ke bandar atau wilayah yang dilanda wabak. Jika tiada urusan penting, sila tangguhkan perjalanan anda ke:
1. Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali
2. Hokkaido di Jepun
3. Tehran, Qom dan Gilan di Iran.
Sumber : Telegram Sihat Milikku
Oh ya. Jadual ESQ untuk bulan Mac dan April telah dikemaskini ya. Klik SINI untuk melihat program yang terdekat dengan anda. Saya doakan semua yang membaca posting ini, dibukakan jalan untuk menghadiri program ini. Aamiin...
05 March 2020
Siapa ikon kita?
Siapa ikon kita?
Penyanyi?
Pelakon?
Pelawak?
Selebriti media sosial?
Atau mungkin, pemimpin negara?
Tahukah anda, ada seorang lelaki di dunia ini, layak dijadikan ikon, kerana pengaruhnya bukan sahaja ketika beliau masih hidup, bahkan pengaruhnya terus berkembang ketika dia sudah tiada lagi di muka bumi ini.
Siapa?
Rasulullah SAW.
Oh ya. Jadual ESQ untuk bulan Mac dan April telah dikemaskini ya. Klik SINI untuk melihat program yang terdekat dengan anda. Saya doakan semua yang membaca posting ini, dibukakan jalan untuk menghadiri program ini. Aamiin...
Doaku Hari Ini : Jurnal Syukur
Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah aku miliki..agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu.
Ya Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan..
Ya Allah aku...
1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Kau pernafaskan.
2. Bersyukur atas keluarga yang Kau anugerahkan..
3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Kau galaskan.
4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini.
5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Kau berikan.
6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang....agar Kau pelihara aku dari sifat sombong dgn apa yg Kau berikan.
7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.
Ya Allah sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik aku, semuanya milik Kau Ya Allah.. Aamiin Ya Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....
Oh ya. Jadual ESQ untuk bulan Mac dan April telah dikemaskini ya. Klik SINI untuk melihat program yang terdekat dengan anda. Saya doakan semua yang membaca posting ini, dibukakan jalan untuk menghadiri program ini. Aamiin...
Kita Bangun Tidur, Kita Buat Apa?
Kita bangun tidur dengan semangat, solat subuh dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa.
Kemudian kita buka sosial media, kita tengok posting-posting yang menarik minat kita untuk memberi komen.
Jika komen baik-baik, alhamdulillah.
Bagaimana jika sebaliknya?
Kita hentan orang, kita buka aib orang, kita menilai dan menjatuh hukum tanpa usul periksa.Kita semakin taksub apabila ada yang like dan menyokong.
Bagaimana dengan doa kita semasa solat subuh tu?
Beriya-iya minta ampun, tak sampai tengah hari dan mengumpul dosa.
Masih tak sedar-sedar.
Malaikat kiri kanan mencatat ya.
Tak takut azab ke.
Sebaik-baik akhlak diamlah.
Kemudian kita buka sosial media, kita tengok posting-posting yang menarik minat kita untuk memberi komen.
Jika komen baik-baik, alhamdulillah.
Bagaimana jika sebaliknya?
Kita hentan orang, kita buka aib orang, kita menilai dan menjatuh hukum tanpa usul periksa.Kita semakin taksub apabila ada yang like dan menyokong.
Bagaimana dengan doa kita semasa solat subuh tu?
Beriya-iya minta ampun, tak sampai tengah hari dan mengumpul dosa.
Masih tak sedar-sedar.
Malaikat kiri kanan mencatat ya.
Tak takut azab ke.
Sebaik-baik akhlak diamlah.
Oh ya. Jadual ESQ untuk bulan Mac dan April telah dikemaskini ya. Klik SINI untuk melihat program yang terdekat dengan anda. Saya doakan semua yang membaca posting ini, dibukakan jalan untuk menghadiri program ini. Aamiin...
Subscribe to:
Posts (Atom)