Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah aku miliki..agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu.
Ya Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan..
Ya Allah aku...
1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Kau pernafaskan.
2. Bersyukur atas keluarga yang Kau anugerahkan..
3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Kau galaskan.
4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini.
5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Kau berikan.
6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang....agar Kau pelihara aku dari sifat sombong dgn apa yg Kau berikan.
7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.
Ya Allah sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik aku, semuanya milik Kau Ya Allah.. Aamiin Ya Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....
Oh ya. Jadual ESQ untuk bulan Mac dan April telah dikemaskini ya. Klik SINI untuk melihat program yang terdekat dengan anda. Saya doakan semua yang membaca posting ini, dibukakan jalan untuk menghadiri program ini. Aamiin...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!