25 March 2020

I AM A FIGHTER



Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunya masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan. Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, seudara terdekat dan kenalan di kalangan pembaca tulisan-tulisanku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereaka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama. Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif sanak-saudara serta macam-macam ujian lagi. Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya 'perang' sendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya. Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah. Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani. Justeru, kika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya. Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya... tetapi iman mereka lebih besar daripada imanmu ketika menanggung dan menghadapinya! Daripada Facebook Ustaz Pahrol Mohd Juoi, 3 Mac 2020. Sangat kena posting ini dengan situasi sekarang, kan? Setiap orang daripada kita sedang berperang dengan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu, selain daripada perang melawan COVID 19 sekarang ini. Hormat mereka. Bantu mereka. Bantu diri sendiri. Duduklah di rumah. Dunia ini bukan hanya tentang kamu dan hanya kamu.

1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!