14 May 2020

Selepas 57 hari berPKP...



Yup. 57 hari aku menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aku menjalaninya di rumah bonda tercinta. Banyak yang aku belajar sepanjang 57 hari ni yang mana, tidak aku sedari sejak aku bekerja di UiTM 8 tahun lalu. 

Antara yang aku baru perasan ialah : 
Adik aku lebih tinggi daripada aku
Adik aku lagi kurus daripada aku (ouch!) 
Adik beradik aku cakap saya-awak sesama diorang (okey, yang ni aku sikit lagi terjebak. So aku bantai speaking London) hahahahaha
Banyak lagi sebenarnya, tapi harini tak nak keluar pula benda-benda tu dari fikiran aku. 

Sepanjang tempoh PKP 1 hingga 4, aku bekerja dari rumah. Sehari pun aku tidak mengambil cuti kecuali cuti umum. Eleh, sepanjang tempoh tu cuma 3 hari cuti umum. Apa ada hal? 

Dan bila PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, aku mula mengambil giliran untuk bekerja dari pejabat dan bekerja dari rumah secara berjadual. Ada hari yang aku masuk pejabat. Ada hari yang aku bekerja dari rumah je.

Makanya, hari ni hari pertama aku bekerja selepas PKP. Norma baharu, kan. Jadi semuanya baru bagi aku. Namun ia sementara. Kita pasti akan dapat membiasakan diri dengannya, kan? 

Setakat post ini ditulis, baru pukul 10.45 pagi. Jadi tak banyak yang kami lakukan selain membersihkan ruangan tertentu yang telah berkulapuk dan menyusun kerusi mengikut SOP penjarakan sosial yang sepatutnya. Okey, staf lelaki yang buat kerja tu. Bab bersih-membersih ni, aku la yang buat. Aku kan cleaner dulu. Gitchu... 

Jadi sementara itu, meh aku belanja gambar aku di Tawau, sebulan sebelum PKP. Ewah! 




3 comments:

  1. kita dalam normal baru..

    jemput ke giveaway saya
    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali bertugas. Semoga dipermudahkan urusan untuk bekerja.

    ReplyDelete
  3. selamat mula bekerja, akak pun dah mula bekerja di minggu ke dua nih.. 2hari seminggu buat masa nih, opis akak belum mulakan yang 70%kehadiran

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!