30 May 2020

Kita Bertanggungjawab Atas Semua Penulisan Kita



Setiap apa yang kita ucap, kita tulis, kita postkan dimedia sosial semuanya akan dipertanggungjawabkan.

Kita tulis yang baik²
Kita kecam orang.
Kita menyindir dengan kata² kiasan kononnya kitalah yang betul.
Tapi sebenarnya kita membuka pintu menyerlahkan akhlak kita yang sebenarnya.

Saat itu kita akan dipertanggungjawab apa yang kita lakukan.
Dipertanggungjawab atas setiap nafas dan debu habuk yang kita pijak.
Dipertanggungjawab atas mata yang kita tutup kesusahan saudara² tanpa kita membantunya.

Dipertanggungjawab atas mulut yang dikunci untuk menegur kemaksiatan di depan mata.
Dipertanggungjawab atas segala anggota badan apakah yang kita lakukan di dunia ini.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 


28 May 2020

Apa Yang Perlu Kita Jaga?




Kita tak mampu jaga dan kawal orang lain. Maka kita cuma perlu jaga kita, hati kita, tindakan kita. 

Nak tegur, nak nasihat, tak perlu stressing sangat. Buat saja setakat mana yang kita mampu buat. 

Kalau orang terus jahat, kalau orang tetap khianat, dialah yang bakal tanggung bahana kesilapannya sendiri. Kita tak rugi apa-apa. Kita tak perlu menderita atas kesilapan sesiapa. 

Sebab kita percaya pada keadilan Allah. Allah tak akan aniaya kita. Maka, kita cuma perlu jaga kita. Tak perlu layankan sangat sebarang prasangka. 


Segmen Hari Raya by Ummi



Take five dari buat kerja. Mari bersegmen!


Klik gambar untuk join ya. 

Syaratnya memang lain daripada yang lain. Kalau orang lain suruh follow blog dan FB, IG dan sebagainya, blogger ni minta kita follow channel Youtube dia pula. Menarik! 

Semoga ada rezeki aku nanti. Aamiin. 


"Kenapa Aku Down?"



Ketika terdetik "Ya Allah, kenapa rezekiku sedikit, kenapa cita-citaku belum tercapai, kenapa aku tidak rasa bahagia, kenapa aku down?"

Tutup matamu, tenang.

Tarik nafas dan rasai udara memenuhi paru-parumu.

Kemudian letak tapak tangan di atas dadamu dan rasai jantungmu berdegup. 

Gerakkan jari-jemarimu.

Lihat anak-anakmu mungkin, rasa kebahagiaan yang mereka beri padamu.

Sedari kemampuanmu membaca status ini, dengan matamu.

Sesungguhnya sungguh banyak nikmat yang Allah sentiasa kurniakan tanpa henti pada kita tanpa kita sedari. 

Mungkin andai kita bersyukur dengan semua nikmat ini, dan berterima kasih padaNya, Allah akan murahkan dan tambahkan lagi rezeki kita.

Ucap alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. πŸ˜ŠπŸ’•

Selamat menjemput rezeki dengan bersyukur.

Insya Allah. 

#Bahagiadengancukup

Sumber perkongsian daripada telegram Bahagia Dengan Cukup


Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy



Buka punya buka blog hari ni, ada satu segmen yang sedang berjalan sehingga 4 Jun 2020 ini. Apa lagi, aku terus join! 

klik gambar untuk join yea. 

Semua syarat yang dinyatakan telahpun aku ikuti. Cuma ada satu facebook page tu aku tak boleh nak follow. Katanya Page Not Found. Yang lain, setel. 

Moga ada rezeki untuk aku kali ini. Aamiin. 



25 May 2020

Selamat Hari Raya!



Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun dunia kini sedang menghadapi pandemik COVID-19, namun kemeriahan berhari raya tetap tidak berkurang meskipun tidak dapat pulang ke kampung. Masakan tidak, kalau dah tiap-tiap berdentum dentam. Hahahaha.

Gambar keluarga kami. Tiada tema khusus sebab kami tak mahu ambil risiko. Pakai aje la mana yang ada. 

The siblings. Ada 2 lagi xde dalam frame. Satu sebab malas bergambar, satu lagi ke rumah mertua di Kampung Pandan.

The Anak Dara. Eh eh.



The Mother. Eh orang belakang tu. 

Hari Raya, hari bahagia. Disambut seadanya, kerana menyahut seruan kerajaan. Kerana kami PKP.

Pretty Kachak Porever. 

Hehehe.


20 May 2020

Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez



Datang dah rajin nak join segmen dan giveaway semua. Hehehe. 

Moh le join sekali. Klik banner untuk join.





Korang Ni Dah Kenapa Hah?



Bila banyak benda-benda kurang pandai yang kau dengar sepanjang minggu lepas dan minggu ini... 
Rasa macam nak lepuk je orang-orang yang otak tertinggal (bodoh) ni. 

Minggu lepas, tular di laman sosial (Twitter khususnya) tentang seorang wanita yang memukul pasangannya di dalam kereta dengan barang-barang seperti botol air, beg tangan dan anak kecil (yes, anak kecil gais). Katanya hanya bergurau. Katanya tak sengaja. 

Kalau kereta kecil sekalipun, perlu ke hayun beg, hayun anak sampai macam tu sekali? Kot iye pun bergurau, ada tak nampak pasangan tu terhibur. Nak marah adalah. 

Nak bergurau, boleh. Cuma biar kena caranya. Kalau dah sampai menyakitkan hati dan fizikal, itu bukan gurauan namanya tu. Dah tu, tak reti pula nak minta maaf. Huh! 

Ya. Aku perempuan. Tapi kalau perempuan yang buat salah, aku tetap kecam. Kebenaran harus ditegakkan! (Gaya Papa Zola)

Itu satu. Malam tadi, tular pula video di mana seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal membaling mercun ke arah pejalan kaki sambil ketawa. 

Izinkan aku marah sekejap guys. 
)!#)$)$&$$($8)Q)$(%*
Ok dah. 

Korang buat semua tu untuk apa? Seronok-seronok? Nak views? Nak popular cepat? Atau itu memang hobi korang? 

Macam mana korang nak orang hormat korang kalau perangai korang sendiri dah macam... binatang pun reti hormat orang yang selamatkan dia, tau?

Kalaulah mangsa tu mak ayah korang, adik-beradik korang, kekasih korang... Agak-agak korang gelak-gelak macam tu tak? Mesti la korang marah kan? Dah la mercun tu berbahaya. Boleh putus jari, boleh mati, tau tak? 

Apa? Nak bergurau? Berguraukah itu kalau sampai memudaratkan orang lain? 

Eh, banyak pulak aku bebel pasal budak-budak ni. Nak kata kecik lagi, dah besar panjang sampai boleh bawa motor. Otak tertinggal kat mana dik? 

Dah la. Penat pula membebel ni. Fikir-fikirkanlah. 


DOA RAMADAN





Ya Allah, izinkan bulan Ya ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang Engkau sukai dan redhai. Wahai Tuhan Zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini. 

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja. Wahai Tuhan Semesta Alam.__


19 May 2020

SAKIT LEHER!

Bila kau kerja dari rumah tapi kau cuti (kerja dari rumah bukan cuti tapi aku ambik cuti bila kerja dari rumah so ya) maka buat apa nak bangun awal pagi kan?

Okey, kena la bangun awal pagi untuk sahur dan solat subuh kan. Tapi bila dah setel semua tu... TIDOQ!

Coz, why not? Hahaha.

Tapi bila aku bangun balik, sesuatu telah berlaku. Aku salah tidoq! Bangun je, sakit leher. Aduh...

Aku ni dah la sejenis kasar tak ingat dunia, nak menoleh pun kena ada drama. Bila sakit leher ni memang tak boleh buat drama la. 

Betul la orang kata, "Sakit yang paling sakit adalah sakit leher. Paling je, sakit. Paling je, sakit."

So sekarang ni bila aku nak menoleh je, aku akan berpusing dengan badan-badan sekali. Mode robot activated!

Doakan sakit ini segera berkurangan ya, gais. Aku mohon doa kalian semua. Aamiin.

15 May 2020

Cerita Hari Ini...


Biasalah. New Norm. Kita kerja di rumah lebih banyak daripada kita kerja di pejabat. 

Tapi disebabkan cuti gantian aku banyak, maka aku jadikan giliran aku BDR tu sebagai cuti. Okey la tu. Sepanjang PKP aku tak pernah cuti kot. Kadang tu hujung minggu pun aku kerja. 

Jadi aku ambil kesempatan bersihkan bilik aku. Dah 2 bulan ditinggalkan. So aku buat la proses decutling. Ambik ko. Daripada 5 kotak barang aku, jadi 3 je. Apa benda je yang aku simpan selama ni?

Tapi dalam masa mengemas tu, aku jumpa sticker ni kat luggage aku.

Pastu saje post gambar ni kat Twitter. Dengan caption, "Yes gais, hati aku fragile." Hahahaha

Okey itu je nak cerita. Bye. 

14 May 2020

Selepas 57 hari berPKP...



Yup. 57 hari aku menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aku menjalaninya di rumah bonda tercinta. Banyak yang aku belajar sepanjang 57 hari ni yang mana, tidak aku sedari sejak aku bekerja di UiTM 8 tahun lalu. 

Antara yang aku baru perasan ialah : 
Adik aku lebih tinggi daripada aku
Adik aku lagi kurus daripada aku (ouch!) 
Adik beradik aku cakap saya-awak sesama diorang (okey, yang ni aku sikit lagi terjebak. So aku bantai speaking London) hahahahaha
Banyak lagi sebenarnya, tapi harini tak nak keluar pula benda-benda tu dari fikiran aku. 

Sepanjang tempoh PKP 1 hingga 4, aku bekerja dari rumah. Sehari pun aku tidak mengambil cuti kecuali cuti umum. Eleh, sepanjang tempoh tu cuma 3 hari cuti umum. Apa ada hal? 

Dan bila PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, aku mula mengambil giliran untuk bekerja dari pejabat dan bekerja dari rumah secara berjadual. Ada hari yang aku masuk pejabat. Ada hari yang aku bekerja dari rumah je.

Makanya, hari ni hari pertama aku bekerja selepas PKP. Norma baharu, kan. Jadi semuanya baru bagi aku. Namun ia sementara. Kita pasti akan dapat membiasakan diri dengannya, kan? 

Setakat post ini ditulis, baru pukul 10.45 pagi. Jadi tak banyak yang kami lakukan selain membersihkan ruangan tertentu yang telah berkulapuk dan menyusun kerusi mengikut SOP penjarakan sosial yang sepatutnya. Okey, staf lelaki yang buat kerja tu. Bab bersih-membersih ni, aku la yang buat. Aku kan cleaner dulu. Gitchu... 

Jadi sementara itu, meh aku belanja gambar aku di Tawau, sebulan sebelum PKP. Ewah!