Sudah diceritakan banyak kali. Sudah diingatkan banyak kali. Sudah disedarkan banyak kali.
Namun, masih kita tidak mengambil iktibar.
Arak, mudaratnya bukan hanya pada peminum, malah ramai yang akan terkesan. Masih, ramai yang pandang enteng tentangnya.
Kata mereka, ia merupakan alat untuk menghilangkan stres. Untuk melepaskan tekanan perasaan. Abang kakak adik, bukan itu caranya.
10 golongan dilaknat kerana terlibat dengan arak juga Rasulullah pernah sebut dalam hadisnya. 10 golongan itu adalah :
1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram
Hadis Baginda sudah cukup jelas menyatakan betapa mudaratnya arak ini dalam kehidupan manusia. Masih, ada yang menolak tepi semua ini dengan alasan kolot, terkongkong dan sebagainya.
Bagaimana dengan ini?
21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sepanjang lima bulan pertama tahun ini dengan lapan mangsa kehilangan nyawa. Mangsanya pula, mereka yang tidak bersalah. Petugas barisan hadapan, penghantar makanan, orang awam.... kebanyakannya mememui ajal angkara mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Apa ni?
Moga saranan Perdana Menteri yang mahu hukuman berat dikenakan terhadap pemandu mabuk, terutamanya mereka yang menyebabkan kemalangan maut dikaji dengan sedalam-dalamnya. Kami sangat berharap perkara ini akan menjadi realiti.
Betul, semoga ada penggubaln udg2 berkaitan arak ni
ReplyDeleteSemoga undang2 berkaitan pemandu mabuk ni dipercepatkan... semakin banyak kejadian
ReplyDelete