Tidak boleh tidak, setiap daripada kita pasti ada yang berhutang. Kalau berhutang dengan bank sebab nak beli kereta, rumah atau buat pinjaman peribadi, pastinya akan ada pembayaran semula yang dibuat setiap bulan.
Namun, bagaimana pula dengan mereka yang berhutang sesama mereka?
"Bro, pinjam duit dulu. Nanti aku ada duit, aku bayar."
"Ok."
Berhutang, ada adabnya. Bukan boleh langgar saja-saja. Kerana hutang boleh bermasam muka, kerana hutang juga boleh putus saudara.
Jaga-jaga.
ADAB BERHUTANG
1. Sunat menyegerakan bayaran hutang terutamanya hutang-hutang yang tidak bercagar.
2. Jangan menangguh pembayaran hutang. Utamakan pembayaran hutang daripada berbelanja untuk keinginan.
3. Jangan menunggu diminta, boleh jadi pemiutang malu untuk meminta.
4. Jangan berhutang kecuali benar-benar terdesak kerana hutang ni perkara harus tetapi melibatkah maruah.
5. Jangan sesekali berhutang dengan niat menipu/tidak mahu membayarnya.
6. Jangan menabur janji-janji sehingga pemiutang ternanti-nanti pembayarannya.
Semoga bermanfaat kepada penghutang di luar sana.
Perkongsian daripada Telegram Hafiz Johar
kalau beri tulisan ini pada orang yang gemar berhutan tapi liat membayar mesti tak kan jadi apa...
ReplyDeleteada manusia berhutang macam hobi, hutang sana sini tapi liat nak bayar...
Ada ramai je jenis yang suka berhutang lepas tu buat² lupa
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya sendiri pernah melalui fasa orang susah nak bayar hutang. Lama2 saya jadi keras hati nk mintak je dgn cara paling diplomasi.
ReplyDelete