10 June 2020

Hari pertama PKPP



Hari pertama PKPP. 

Pagi-pagi lagi, bila aku buka mata, semak Whatsapp Status. Aku tengok kawan aku dah terbang ke Kuantan dengan kereta merahnya. Sejam kemudian, dia dah sampai. Laju! 

Masuk kerja, aku tengok makin banyak kedai memulakan operasi. Alhamdulilah. 

Bukak Twitter, tengok diorang meraikan PKPP dengan pelbagai cara. Salah satunya, fist bump antara PDRM dan ATM tanda "we did it!" 

Ada juga yang merakam detik-detik pembukaan semula sempadan negeri yang ala-ala opening ceremony. Halah halah halah..... 

Namun SOP tetap diamalkan dengan kebiasaan baharu dan norma baharu. 

Kita boleh buat. 3 bulan kita harungi bersama. Takkan yang ini tak boleh?

PKP mengajar kita erti beryukur. Jangan sia-siakannya.




3 comments:

  1. ALhamduillah. Semoga yang balik kampung halaman sentiasa menjaga keselamatan diri. hehe

    ReplyDelete
  2. semoga kita pandai menjaga diri dengan norma baru, insyallah kita boleh menang

    ReplyDelete
  3. Risau juga ni.. harap semua sentiasa jaga diri. Tak lupa amalkan self-hygiene dan penjarakkan sosial. #Staysafe always ya!

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!