08 July 2020

7 Salah Faham Pengurusan Organisasi & Kepimpinan



7 Salah Faham Pengurusan Organisasi & Kepimpinan

1. Organisasi yang hebat mesti bermula dengan idea yang luar biasa. Sebenarnya kita hanya memerlukan idea yang biasa-biasa, tetapi betul dan amat relevan untuk menjadikan sesebuah organisasi itu hebat

2. Organisasi yang hebat dipacu oleh seorang ketua yang amat berkaliber dan berkemahiran. Tanpa menafikan kepentingan seorang pemimpin yang hebat, prestasi sesebuah organisasi sebenarnya lebih ditentukan oleh kerjasama pasukan, budaya dan sistem dalaman yang dibina

3. Kebanyakan syarikat atau badan dunia yang berjaya meletakkan objektif keuntungan sebagai visi dan misi utama. Hakikatnya nilai dan sumbangan yang ingin diberikan kepada dunia merupakan daya tolak yang lebih mampan, termasuk bagi syarikat-syarikat korporat yang berteraskan keuntungan

4. Organisasi yang hebat berkongsi nilai teras yang sama. Sebenarnya, nilai teras boleh jadi berbeza dan unik mengikut syarikat atau organisasi masing-masing, yang penting ialah  sejauh mana nilai tersebut dibudayakan dan menjadi identiti organik dalam seluruh jentera organisasi (bukan robotik atau dibuat-buat)

5. Organisasi yang hebat sentiasa perlu melakukan transformasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Hakikatnya, apa yang perlu berubah ialah objektif, strategi dan pendekatan aktiviti, namun visi yang misi serta ideologi teras sepatutnya kekal dan terus relevan sepanjang zaman

6. Organisasi yang hebat tidak mengambil risiko (play safe). Salah, mengambil risiko adalah DNA asas dan merupakan kriteria yang mesti ada bagi mana-mana organisasi atau pergerakan di dunia

7. Sesiapa sahaja boleh menyertai dan gembira menjadi sebahagian daripada organisasi yang hebat. Tidak semestinya. Sesiapa sahaja boleh menyertai tapi hanya mereka yang serasi dan mempunyai budaya kerja yang tepat boleh berprestasi dan gembira dalam sesebuah organisasi hebat

Diadaptasi dari buku 'Built to Last'

Ir. Ts. Lukman Al Hakim


2 comments:

  1. tapi x semua org leh jadi manager., huhuhu

    ReplyDelete
  2. Give and take adalah sangat penting dalam organisasi ni kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!