28 July 2020

YANG KITA TAK PILIH...



Dalam hidup ini, ada bahagian yang kita pilih, dan ada bahagian yang kita tak pilih.

Yang kita tak pilih? Keturunan kita, paras rupa kita, keluarga yang lahirkan kita, dan contoh lain, jodoh kita.

Kita kahwin elok semuanya, kita dah ikut semua yang sebetulnya, tapi pasangan kita buat hal, dia khianat kita, dia tinggalkan kita. Itu kita tak pilih.

Allah suruh kita jaga kesihatan. Kita bersenam, jaga pemakanan, buat semuanya terbaik, tapi jatuh sakit juga kita akhirnya. Kita tak pilih. 

Dan percayalah, semua yang kita tak pilih ini.

Allah tak pernah menyalahkan kita.

Malah, diberi pahala sekiranya kita bersabar dengan ujian ini.

Atas sebab itu, apa yang kita tak pilih ini, jangan susah hati.

Allah pasti menguruskan urusan kita.

KISAH BENAR BERLAKU DI AMERIKA




Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..? 
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara,  saya sumbangkan  4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar. 

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut   menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat  bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar  menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih  pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

BERUNTUNGLAH ORANG YANG SELALU BERSEDEKAH
Yang Baik Jadi Ikutan
 Kebergantungan Sesama Manusia

Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu. 
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat isteri kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                      Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata. 

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik. 

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Allah  tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.



27 July 2020

PELUANG KEDUA?




macam kena pula kata-kata ni dengan situasi sekarang. Jangan salah faham. Aku belum bercinta. Tapi ayat ni kena sangat dengan rakyat Malaysia sekarang. 

Diminta lockdown, dah diberi. Nak bebas pula. Diberi, dengan bersyarat. Langgar pula syarat tu hadoi. Kalau SOP diperketatkan lagi, jangan bising susah nak gerak ke sana ke mari ek. 

Kamu yang meminta. 


20 July 2020

Bacaan Asmaul Husna Setiap Pagi. Mahu?



Bagaimana semuanya hari ini? Okey? 

Saya nak share kebiasaan yang saya lakukan setiap pagi. Perkara pertama yang saya lakukan sebelum memulakan kerja.

Bacaan Asmaul Husna dan Doa Dhuha. 


Inilah yang akan saya lakukan setiap pagi. Ramai juga yang tahu kebiasaan saya ni sebab saya selalu update kat Whatsapp Status. Kenapa? Kerana di hujungnya ada doa yang akan meruntun hati kita untuk membacanya. 

Kadang-kadang, saya juga melakukannya secara berkumpulan. Dengan kawan-kawan, sahabat yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Mereka juga bersemangat dan teruja setiap kali saya mengajak mereka untuk bersama-sama saya. 

Kami bermula dengan Whatsapp Video Call. Agak kurang selesa sebab tak boleh share file kat sana (mengadanya) membuatkan saya beralih platform kepada Google Meet. Hasilnya, sangat memberangsangkan. Bukan sahaja visual dan audio yang lebih baik, malah bilangan peserta juga boleh ditingkatkan daripada max 8 orang kepada max 250 orang. Teruja kan? 

Saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama saya membaca Asmaul Husna setiap pagi. Menerusi Google Meet. Anda mahu?