14 July 2020

#BahagiaDenganCukup




Gambar hiasan. 

Barang material ambil masa daripada kita.

Ketika kita belum ada barang itu, kita mengkaji tentangnya, fikir warnanya, fikir spesifikasinya, kumpul duit untuk membelinya nanti dan lain-lain. 

Ketika sudah dapat barang itu, kita menjaga dan menguruskannya. 

Kemudian kita berfikir lagi tentang edisi yang seterusnya atau mungkin fikir barang lain lagi. 

Kalau barang itu memang kita perlu, maka tiada masalah. 

Tapi kalau barang yang tidak perlu, maka risau ia akan membuat kita lari daripada fokus sebenar kita di dunia ini. 

Setiap manusia pasti ada tujuan dan misinya yang tersendiri di dunia ini. 

Di dunia yang sementara ini, kita fokus pada misi, dan caranya ialah dengan melepaskan yang tidak perlu. 

Barang yang banyak di rumah, tanpa sedar akan membebankan otak kita, dan tidak cukup ruang untuk kita fokus pada misi sebenar di dunia.

Untuk lebih tahu tentang  #Bahagiadengancukup dan #Kayadengancukup sila ikuti Telegram dan Facebook Page


4 comments:

  1. Akak cuma rasa tak cukup bila benda tu akak tak de. kalau ada, tak rasa nak tambah lagi atau nak yang lagi hebat.

    Macam rumah la. dah ada rumah tak rasa nak besar kan atau tukar rumah lain. Dalam rumah cuma baik pulih apa yang rosak dan deko2 bagi lagi cantik.

    Sama macam benda lain. Dah ada komputer tak berasa nak tukar pakai laptop.

    Alhamdulillah.. Allah selalu bagi akak rasa cukup.

    ReplyDelete
  2. Dulu saya pun berfikiran macam akak. Bila saya attend seminar Bahagia Dengan Cukup, saya terfikir. Apa-apa barang yang kita punya tapi tak digunakan, boleh jadi ia akan memberatkan pergrakan kita. Bila kita lepaskan, sama ada buang atau beri kepada orang lain yang lebih memerlukan, langkah kita berasa ringan.

    Saya selalu rasa ringan langkah ni bila saya dermakan buku atau hadiahkan buku yang saya pernah baca pada orang lain. Ilmu dia dapat pahala pun kita sama-sama dapat.

    Bukanlah bermaksud kita tidak perlu berimpian untuk memiliki rumah besar contohnya. Tapi, jika dengan memiliki rumah kecil atau sederhana itu sudah mencukupi, why not? Lagipun, rumah besar nanti penat nak mengemasnya. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Biasanya saya cari benda itu bila sangat saya perlukan. Seperti semasa shopping, hanya cari apa yang diperlukan. Barang lain, selagi masih boleh digunakan, saya gunakan. Tidak menukar barang mengikut fesyen dan trend. Itu adalah kehendak. Kita harus ikut keperluan berbanding kehendak.

    ReplyDelete
  4. Cik TK : Alhamdulilah, memang itu yang kita perlukan. Kerana jika terlalu mengikut kehendak, kita yang merana. Kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!