√ Pada suatu hari, sedang Rasulullah SAW dan para Sahabat bersiap untuk melakukan solat jenazah, didatangkan mayat lalu ditempatkan di hadapan mereka.
√ Sebelum bermula Nabi SAW bertanya kepada pembawa mayat, "Adakah si mati ini mempunyai hutang?"
Dia menjawab, "Ya."
Nabi SAW bertanya lagi, "Si mati ada tinggalkan sebahagian harta untuk dilangsaikan hutangnya?" Dia mengiyakan.
√ Maka Nabi SAW pun mula mensolatkan jenazah itu. Kemudian pada ketika lain, hal sama yang berlaku namun si mati tidak meninggalkan harta untuk dilangsaikan hutangnya. Maka, Nabi SAW akan berpaling kepada para Sahabat dan mengarahkan mereka untuk solatkan mayat tersebut.
√ Nabi SAW beredar tanpa turut serta mensolatkan mayat itu. Selepas siri pembukaan dan penyebaraan Islam, umat Islam dikurniakan nikmat harta yang melimpah-limpah. Nabi SAW melangsaikan hutang si mati dengan harta tersebut, dengan syarat dia berhutang atas dasar keperluan dan bukan bermewah-mewah kerana hutangnya itu bukanlah tanggungjawab pemerintah.
√ Krisis ekonomi daripada COVID-19 ini mengajar kita agar memperhalusi setiap perbelanjaan kita. Timbanglah antara keperluan dan kehendak secara sedar. Orang tua-tua berpesan, agar ukur baju di badan sendiri.
Umar al-Khattab r.a berkata:
إِيَّاكُمْ وَالدَّيْنَ فَإِنَّ أَوَّلَهُ هَمٌّ وَآخِرَهُ حَرْبٌ
Maksudnya: “Hati-hatilah dari berhutang, karena awalnya adalah kegelisahan dan akhirnya adalah permusuhan.”
betul tu, kerana hutang boleh menjadi musuh
ReplyDelete