10 July 2020

NIKMAT PALING BESAR DISYURGA BUAT INSAN ISTIMEWA...





Allah SWT berfirman ;

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

MaksudNya ;
"Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri, melihat kepada Tuhannya".
[Surah al-Qiyamah 22-23]

Ayat yg mulia ini menunjukkan bhw orang2 yg beriman akan melihat wajah Allah Taala dgn mata mereka di akhirat nanti. Wajah2 mereka yg indah dan berseri-seri kerana kenikmatan di syurga yg mereka rasakan, menjadi semakin indah apabila dpt melihat wajah Allah swt.

Imam Ibnu Katsir berkata: "(Kenikmatan) yg paling agung dan tinggi (yg melebihi semua) kenikmatan di syurga adalah memandang wajah Allah Yg Maha Mulia, kerana inilah ganjaran yg paling agung (melebihi) semua (kenikmatan) yg Allah berikan kepada para penghuni syurga. Mereka berhak mendapatkan kenikmatan tersebut bukan (semata-mata) kerana amal perbuatan mereka, tetapi kerana kurniaan dan rahmat Allah swt"

Drp Shuhaib bin Sinan r.a, Rasulullah saw bersabda: “Jika penghuni syurga telah masuk syurga, Allah berfirman: “Apakah kalian (wahai penghuni syurga) menginginkan sesuatu sbg tambahan (dari kenikmatan syurga)? Maka mereka menjawab:  Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dlm syurga dan menyelamatkan kami dari (azab) neraka? Maka (pada waktu itu) Allah membuka hijab (yg menutupi wajahNya Yang Maha Mulia), dan penghuni syurga tidak pernah mendapatkan suatu (kenikmatan) yg lebih mereka sukai drp melihat (wajah) Allah swt. Kemudian Rasulullah membaca ayat drp surah Yunus ayat 26. 
[Sahih Muslim]

Firman Allah SWT ;

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُون

MaksudNya ;َ
"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia (melihat wajah Allah swt) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya".
[Surah Yunus 26]

♡Berusahalah utk menjadi hamba Allah yg benar2 soleh dan bertakwa, moga Allah kurniakan kita syurga yg terindah dan tertinggi serta dpt melihat Allah swt♡


1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!