16 July 2020

Selepas 10 tahun, Yeay!



Selepas 10 tahun... 
Eh, tak. Sebenarnya kurang dari 10 tahun. Tapi, ah lantak la. 

Sejak kerja di UiTM, tak pernah berkesempatan untuk menderma darah. Selalu doktor tak bagi sebab zat besi kurang. Risiko untuk mendapat anemia tu tinggi. Kena pula pernah operate dulu. 

Lepas tu pula, banyak kali berbekam. Agak kerap sampai tak boleh menderma darah sangat. Last sekali berbekam, tahun 2018. Itu la last. 

Hari ni, saja cuba nasib. Memula macam tak nak kecewa lagi. Tapi kenapa tak cuba lagi? Cuba punya cuba... 
... akhirnya terbaring jua daku di situ menunggu saat menderma darah. Rindu beb! Hahahahaha 

Tak sabar nak menderma darah lagi. Ayuh jaga kesihatan, jaga makan supaya kita boleh terus menderma darah mengikut saranan kerajaan. 1 beg darah yang kita dermakan boleh selamatkan 3 nyawa. Tak ke teruja tu?


1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!