16 July 2020

Tak Boleh move On?



Ada orang tanya saya, "kalaulah saya ditinggalkan, dan kemudian lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tapi sehingga hari ini saya tidak dapat melupakan, adakah sebenarnya saya masih boleh berharap?"

Saya jawab, tidak.

Sebab memang ada perkara yang kita nak sangat, kita teringin sangat, kita sayang sangat-sangat, tapi pada akhirnya ia tidak berjalan seperti mana kita mahukan.

Benar, memang sakit. Sakit bila mana kenangan itu kita cipta bersama orang yang sama, dan ia dimusnahkan oleh orang yang sama juga.

Tapi adakah dengan kesakitan ini akan membolehkan harapan itu kembali ada semula? Tidak. Sedangkan orang itu sudah lama meninggalkan segala kenangan dan memori yang ada dengan kita. Malah dia dah berbahagia dengan kehidupan dia.

Untuk apa pula kita yang perlu meletakkan harapan lagi. Dan kalau ianya terjadi pun, adakah dengan memusnahkan kebahagiaan orang lain itu satu kepuasan bagi diri kita? Sudah tentu tidak.

Percayalah, jalan terbaik untuk memastikan jiwa itu kembali pulih adalah dengan berani untuk menerima kenyataan. Berani untuk menerima yang memang orang itu bukan milik kita lagi. Yang dulu hanyalah kenangan. Yang tinggal hanyalah apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 

Berusahalah membawa diri untuk terus kehadapan. Berhadapan dengan realiti. Berhadapan yang kenangan dan memori dulu sudah tiada lagi.

Kita ini kadang-kadang bukan tak mahu move on. Cuma kita takut kan. Takut diperlakukan sedemikian rupa lagi. Takut orang yang akan datang nanti tidak sama sebagaiman orang yang meninggalkan. Takut untuk mencuba.

Tapi tetaplah menerima kenyataan dan redha.

Jodoh itu kalau bukan milik kita, genggamlah erat macam mana pun, terlepas jua ia akhirnya.


2 comments:

  1. Pengalaman mendewasakan kita semoga bertambah kuat dan tabah.
    Cinta sesama manusia berpada-pada sudah.
    Seandainya ditinggalkan takdelah sakit sangat.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kita kena belajar untuk redha dan menerima kenyataan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!