بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami sama ada yang kami ketahui ataupnn tidak ketahui, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.
Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.
Ya Allah kuatkan kami dengan Ibadah dan amalan yang baik, jauhkanlah kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.
Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.
Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.
Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.
Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.
Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.
Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.
Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.
Ya Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, jelaskan perkara yang bathil agar kami jauhi.
Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.
Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
Ya Allah pada pagi yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon agar dipermudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.
Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
amin ya rabbal alamin
ReplyDelete