18 August 2020

KITA BUAT KITA

 


"KITA BUAT KITA"
"BAIK ATAU BURUK"

Bukanlah kerana hari ini
Indah kita bahagia
Tetapi kerana kita bahagia
Hari ini pun menjadi INDAH. 

Alangkah bahagianya 
Sekiranya degupan jantung,
keluar masuk nafas
kerdipan mata ini 
Setiap gerak anggota kita
Dalam ingatan kepada Allah

Namun
Diri ini tetap lalai dan leka 
Diri ini tetap terpedaya 
Dengan keidahan Dunia 
Diri ini tetap tertipu 
Dengan keinginan Nafsu 
Diri ini tetap terpengaruh 
Dengan ajakan Syaitan 
Alangkah ruginya hidup

Tiada yang lebih baik daripada
Jiwa yang dihidupkan dengan iman.

Tiada yang lebih baik daripada 
hati yang dijinakkan dengan amalan.

Tiada yang lebih baik daripada 
Akal yang disuburkan dengan ilmu

Tiada yang lebih baik daripada 
kebaikan yang disertai dengan keikhlasan.

Tiada yang lebih baik daripada 
kelakuan yang diperindah dengan 
Akhlak yang mulia

Tiadalah yang lebih baik daripada
kehidupan yang dipenuhi dengan
kemaafan, berkasih sayang dan 
saling menghormati sesama kita

Ada satu hadis yang bermaksud

Nabi SAW bersabda: 

"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya,"

Wallahu'Alam



1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!