29 September 2020

Setelah 10 Hari...


Dah 10 hari tak jenguk blog. Sibuk sangat ke? 

Sibuk la juga. Hakhak. 

Ada training ESQ in-house, kemudian ambil cuti untuk rehatkan badan. Memang biasanya begitu. Kalau tak, masuk kerja nanti badan jadi lemau macam kangkung rebus. Hahaha. Tak nak la macam tu. Saya ni staf berdedikasi tau! 

Ah gitchu. 

Kemudian kerja dan kerja yang tak pernah habis. Namun aku bersyukur. Kerana di zaman pandemik ini, yang mana kadar pengangguran agak tinggi, aku masih ada kerja. Alhamdulilah. 

Tersentak seketika apabila banyak mall di Kuala Lumpur mencatatkan kes COVID-19. Berasa prihatin (dan panik juga sekejap) sebab masa cuti tu, aku ke Avenue K untuk makan sushi dan jalan-jalan sekitar KLCC. Alhamdulilah tak ada apa-apa yang buruk terjadi. 

Korang pula? Buat apa tu?



 

18 September 2020

Doa Hari Jumaat

                               
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami sama ada yang kami ketahui ataupnn  tidak ketahui,  berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.

Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.

Ya Allah kuatkan kami dengan Ibadah dan amalan yang baik, jauhkanlah kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.

Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.

Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.

Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.

Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.

Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu  dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.

Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.

Ya Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, jelaskan perkara yang bathil agar kami jauhi.

Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.

Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan  kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Ya Allah pada pagi yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon agar dipermudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.

Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.

ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .        

                                          
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ



 

11 September 2020

Rupanya Dua Orang Daa...


Ingat tak saya ada cakap semalam yang salah seorang daripada dua rakan saya yang dinaikkan pangkat akan berpindah ke Puncak Alam?

Rupanya, kedua-duanya akan memulakan tugas baru di sana. 

Alhamdulilah. 

Sedih? Ya. Gembira? Ya. 

Kita gembira atas rezeki orang, Insya Allah rezeki kita juga akan dipermudahkan. 

Aamiin. 


 

10 September 2020

E+R= O



Semalam, dua berita yang aku terima. 

Di sebelah pagi, berita kematian ayah kepada salah seorang kawan aku. Meninggal dunia di rumah. Meninggal dalam tidur. Meninggalkan seorang anak yang tinggal bersamanya. Meninggal dunia, menyertai isterinya yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. 

Pasti dugaan ini berat untuk kawan aku itu. Bayangkan, tinggal serumah bersama ayah tercinta. Pasti dia akan terasa kehilangannya. 

Salam takziah. 

Itu berita di sebelah pagi. Yang aku terima saat bertugas dalam program siaran langsung anjuran pejabat aku. 

Di sebelah petang, berita gembira pula yang aku terima. Dua orang rakanku telah dinaikkan pangkat. Dan salah seorangnya bakal berpindah ke pejabat cawangan di Puncak Alam. 

Masa ni, bermacam perasaan yang aku ada. Gembira, sebab itu dah memang rezeki mereka. Sedih, sebab kawan tu dah nak pindah jauh. Keliru, sebab tak tahu nak utamakan perasaan yang mana satu dulu. Hadui. 

Macam yang aku cakap dalam status FB aku di atas. Bagaimana kita menerimanya. Event plus Respone akan menghasilkan output. Kalau event itu buruk sekalipun, respons kita baik, maka akan baiklah outputnya. 

Senang je formulanya. 

E+R= O

ERO

Senang, kan? 



 

08 September 2020

Bila Kau Tak Bawa Bekal Pergi Kerja...

 


Kalau ada yang masih belum baca entry ni, meh la baca di SINI

Dan disebabkan entry ini juga, dah lama aku tak ke kafe di pejabat. Dah bawa bekal, buat apa nak ke kafe kan? 

Kata kau. 

Dan disebabkan (berapa banyak daa) gangguan bekalan air yang melanda sebahagian Lembah Klang hujung minggu lepas, aku ambil keputusan untuk tidak membawa bekal. 

Ye la, nak masak apanya tak guna air? Nak basuh periuk lagi. Hahaha 

Jadi semalam aku ke kafe untuk beli makanan. Dan ya, aku rasa kekok. Dah sebulan tak ke kafe kan Hakhak. 

Penjarakan sosial masih tidak dijaga pengunjung walaupun pengurus kafe berulangkali memberikan peringatan. Yang tak pakai face mask pun ada. 

Jadi aku fikir, ayuhlah kita mulakan semula amalan membawa bekal ini. Ewah. 

Bila difikirkan balik, bagus juga bawa bekal ni. Boleh elakkan apa yang sepatutnya. Tambahan pula semalam, kes baru yang dicatatkan adalah yang tertinggi sejak PKPP dilaksanakan. 

62 kes. Tak terkejut kau? 

Gitu la. 


04 September 2020

Menang?

 


Macam biasa, selepas sesi Asmaul Husna, sebelum buka emel. Saya akan buka Blogger dulu untuk tengok kalau-kalau ada komen baru yang diterima. 

Sekali blogger Zarida Ishak komen. bagitahu senarai pemenang untuk segmen yang dia anjurkan dah pun diumumkan. Klik SINI untuk posting dia. 

Tergamam. Sebab nama saya pun tersenarai. 

Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. 






Do'a buat sahabat Di Pagi Jumaat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku banyak teman.Baik yang dulu maupun yang sekarang, baik jauh maupun yang dekat.Aku mohon kepadaMU ya ALLAH limpahkan rahmatMU kepada mereka semua n lindungilah mereka............

Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.............

Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

amin Ya Allah Ya Rabbal Alamin,..



 

01 September 2020

PKPP Fasa 2


1 September 2020. 

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) fasa kedua setelah fasa pertama tamat semalam (31 Ogos 2020). Hadiah hari kemerdekaan yang kita dambakan tidak menjadi kenyataan kerana pertambahan kes-kes dan kluster baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. 

Sekurang-kurangnya, cendawan masih boleh dimakan. Yang beracun tu tak payah la makan. Yang boleh dimakan je la yang kita makan. 

Eh, apa dah melalut ni? 

Penguatkuasaan Akta 342 masih berjalan sehingga 31 Disember 2020. Pintu sempadan masih belum boleh dibuka, pemakaian topeng muka masih diwajibkan apabila ingin keluar, dan penjarakan fizikal masih perlu diamalkan dalam kehidupan norma baharu ini. 

Peringatan demi peringatan tetap diberikan oleh kerajaan, walaupun ada yang menganggap dirinya kebal daripada sebarang penguatkuasaan. Tega melakukan kesalahan, walhal sepatutnya dirinya menjadi contoh ikutan. 

Hah, dah mula dah nak bersastera ni. 

Harapnya dengan peraturan demi peraturan yang diperketatkan, rakyat patuh demi keselamatan dan kesihatan sejagat. 

Ah gitchu.