18 October 2020

Reading Challenge 2020



Bagi pengguna Goodreads, pastinya anda mengetahui tentang cabaran ini. 75 hari lagi untuk melengkapkan tahun 2020 ini. Ada di antara anda yang menyertainya? 

Saya juga. Saya menyertai cabaran ini. Cumanya, target saya hanyalah 52 naskhah buku. Seminggu 1 buku. 

Tapi... 

Belum habis tahun, dah nak lengkap cabaran ni. Acane tu? 


 

07 October 2020

Kau Tahu?




Kau tahu? Orang-orang yang bising beria dalam media sosial pasal amalan SOP yang longgar itulah yang tak amalkan SOP. 

Dah pakai mask, tapi pakai bawah hidung. 
Dah pakai mask, bila bersin batuk buka mask. 
Dah pakai mask, bila nak bercakap buka mask.
Dah pakai mask, duduk rapat2 macam nak bersanding kepala teleng yaw! 
Dah pakai mask, tak amalkan basuh tangan dengan kerap. Tak kisahlah guna air n sabun atau hand sanitizer. 
Dah pakai mask, tak tegur orang yang tak pakai mask. Sebaliknya cakap belakang dan marah2.
Dah pakai mask, tapi tak check in MySejahtera. 
Dah pakai mask, masih ulang pakai mask yang sama. 
Dah pakai mask, basuh mask tu dan ulang pakai balik apoooo
Dah pakai mask, pemikiran macam tak pakai mask.

SOP yang ditetapkan kerajaan lebih dari sekadar pakai mask ya semua. 

Amalkan 3W = Wash, Wear, Warn. 

Elakkan 3C = Confined Space, Crowded Place, Close Conversation.

Dan atas sebab inilah (mungkin) DG kecewa sangat semalam. Kerana kurangnya kesedaran dan longgarnya amalan ini.

Yang korang tahu, menuding jari. Marahkan orang-orang yang tak amalkan kawalan kendiri.

Ya, aku tahu mereka salah. Apakah kita betul sentiasa? Adakah kita sentiasa mengamalkan SOP? 

Suruh Stay At Home pun tak mahu.

Produk & Program anjuran ESQ di SINI


 

06 October 2020

Kematian Itu...



Ahad lepas, ketika aku sedang menghadiri training ESQ Next Chapter secara online, aku menerima berita kematian salah seorang rakan sekerja aku. Perginya dia dalam usia muda, perginya dia meninggalkan seorang balu dan seorang anak. 

Ya. Ia datang dengan tiba-tiba. Tanpa peduli sama ada kita bersedia atau sebaliknya. 

Al Fatihah.