07 October 2020

Kau Tahu?




Kau tahu? Orang-orang yang bising beria dalam media sosial pasal amalan SOP yang longgar itulah yang tak amalkan SOP. 

Dah pakai mask, tapi pakai bawah hidung. 
Dah pakai mask, bila bersin batuk buka mask. 
Dah pakai mask, bila nak bercakap buka mask.
Dah pakai mask, duduk rapat2 macam nak bersanding kepala teleng yaw! 
Dah pakai mask, tak amalkan basuh tangan dengan kerap. Tak kisahlah guna air n sabun atau hand sanitizer. 
Dah pakai mask, tak tegur orang yang tak pakai mask. Sebaliknya cakap belakang dan marah2.
Dah pakai mask, tapi tak check in MySejahtera. 
Dah pakai mask, masih ulang pakai mask yang sama. 
Dah pakai mask, basuh mask tu dan ulang pakai balik apoooo
Dah pakai mask, pemikiran macam tak pakai mask.

SOP yang ditetapkan kerajaan lebih dari sekadar pakai mask ya semua. 

Amalkan 3W = Wash, Wear, Warn. 

Elakkan 3C = Confined Space, Crowded Place, Close Conversation.

Dan atas sebab inilah (mungkin) DG kecewa sangat semalam. Kerana kurangnya kesedaran dan longgarnya amalan ini.

Yang korang tahu, menuding jari. Marahkan orang-orang yang tak amalkan kawalan kendiri.

Ya, aku tahu mereka salah. Apakah kita betul sentiasa? Adakah kita sentiasa mengamalkan SOP? 

Suruh Stay At Home pun tak mahu.

Produk & Program anjuran ESQ di SINI


 

5 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!