27 November 2020

Aku Tahu...



Aku tahu kamu lagi hancur tapi jangan akhiri perjuangan ini. Aku tahu kamu lagi sedih tapi setidaknya hargailah usaha kerasmu selama ini.

Percayalah, orang yang kecundang berkali kali, orang yang melewati beribu kegagalan, dia akan lebih banyak belajar.

Memang tak ada orang dalam dunia ini yang sukakan kegagalan. Tak ada orang di dalam dunia ini yang suka berada di posisi kejatuhan. Tapi percayalah kegagalan adalah arah yang akan membawa langkahmu ke daerah kesuksesan.

Yakinlah bahawa usaha kerasmu selama ini tidak akan pernah sia sia. Suatu saat kejayaan akan datang memihak padamu.

Jika ingin menjadi PEJUANG harus BERANI JATUH dan SEMANGAT untuk BANGUN semula.

Jika hari ini kecundang, bangun dan mulailah kembali membina mimpi.

Tuhan tahu kamu sudah berusaha keras. Dia melihat air matamu yang jatuh dalam diam. Dia faham sepahit apa rasanya berjuang. Dan Tuhan itu tidak kejam. Dia akan beri bila tiba "waktu" itu.

Sabar terus. Jangan putus semangat. Terus berusaha. Waktu kamu akan tiba. 

-QowiyHeart-❤️☕️





 

26 November 2020

ENAM PESAN IMAM AL-GHAZALI


ENAM PESAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apabila berjumpa kanak kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka telah beribadah lebih lama daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia. tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia kafir selamanya.

Marilah kita bersama- sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kita kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita.

Allah memuji hambaNya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.



 

Cukup Dengan Keyakinan Itu


Sentiasalah berdoa kepada Rabb-mu wahai sahabat, 
Berdoa itu tidak semestinya di atas sejadah
Berdoa itu tidak semestinya lepas solat
Berdoa itu tidak semestinya ayat yang penuh gramatis 

Cukup , dengan penuh KEYAKINAN yang Allah pasti akan kabulkan 

Jadi berdoalah pada bila-bila masa sahaja dengan penuh keyakinan,
Kerana Allah Maha Mendengar sahabat ,
Dan Allah suka apabila hambaNya sentiasa berdoa padaNya

Wallahu a'lam

***************************

3 minggu bekerja dari rumah dalam tempoh awal PKPB Selangor bulan lepas membuatkan kesihatan mental aku sedikit terganggu. Nak keluar, agak paranoid, tambahan pula tak boleh balik ke rumah mak. 

Sebelum mesyuarat diadakan secara atas talian, aku terdetik, "Kalau aku boleh masuk pejabat, kan bagus. Moga Allah kabulkan doa aku ni. Aamiin." 

Dan doaku termakbul ketika mesyuarat itu. Alhamdulilah. 

Maka betullah seperti ayat di atas. Doa, kadang cukup dengan keyakinan yang DIA akan makbulkan. 

Alhamdulilah. 


 

Misterinya Bila...



Kan?

Sumber : Telegram Kanvas Kita. 


 

SEGMEN BLOGLIST TERPANJANG



Dah lama juga tak join segmen bloglist yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. 
Dah lama tak update blog sebenarnya. Banyak update kat FB dan Twitter. Kat IG pun dah kurang sekarang ni. 

Jadi bila ada masa nak update blog, apa salahnya join segmen, kan? Segmen yang menarik perhatian kalini adalah Blogger Dunia Zumal. Best juga blog dia kadang-kadang. 

Kalau nak join, hanya klik gambar di atas. Senang bukan? 


 

05 November 2020

Itu Tandanya Apa?


Punya la gembira tidak terkata. Senyum pun sampai ke telinga. Bila baju lama sudah boleh dipakai semula. Itu tandanya apa?