31 December 2020

Terakhir Kali 2020


Hari terakhir 2020. Nak cakap apa yea? 

2020. Terima kasih atas segala pelajaran yang amat berharga sepanjang 365 hari ini. 

2021. Please be nice to me. Moga lebih banyak rezeki, peluang dan ruang untuk meningkatkan diri. 

Dan jodoh. Aamiin. 



30 December 2020

JANGAN LALAI DARIPADA PERINGATAN


Ketahuilah bahawa al-Quran dan hadis2 Nabi saw telah byk memberi peringatan kpd kita. Namun berapa keratkah dikalangan kita yg mengambil peringatan ini.


Antaranya dlm alQuran surah al Anbiya ayat 1. Allah swt berfirman yg bermaksud :


"Telah semakin dekat kpd manusia perhitungan amal mereka sedang mereka dlm keadaan lalai (dgn dunia), berpaling (dari akhirat)"


Sekiranya kita perhatikan kisah Firaun sudah tentu kita akan merasa insaf. Allah swt biarkan jasad Firaun kekal sehingga kehari ini utk manusia mengambil pengajaran.


Namun hanya segelintir saja yg mengambil pengajaran kisah Firaun ini. Mengapa terjadi yg demikian?


Jawapannya mudah. Kerana hati kita dipenuhi dgn segala mcm penyakit. Kerana itu kita tidak merasa gentar dgn peringatan yg telah diberikan oleh alQuran dan hadis2 Nabi saw.


Kalau adapun perasaan gentar itupun hanya seketika saja kemudian kita biarkan peringatan itu berlalu pergi dan kita kembali spt sikap yg lama.


Maka Ingatlah segala perbuatan kita semuanya tidak terlepas dari pengawasan Allah. Biarpun sebesar biji zarah perbuatan kita didunia semuanya akan tercatit.


Justeru itu jadikanlah peringatan yg diberikan oleh alQuran dan hadis2 Nabi saw sebagai panduan dlm kehidupan seharian kita kerana penyesalan diakhirat sudah tidak berguna lagi.


Jgn lah kita lalai kerana masa sudah semakin singkat sebagaimana hadis drp Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda


"Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat setahun spt sebulan, sebulan spt seminggu, seminggu spt sehari, sehari spt satu jam dan sejam spt satu percikan api" (HR at Tirmizi)


RENUNG2KANLAH


•══◎◎♡◎◎══•


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.



 

29 December 2020

{NOW OPEN} ESQ NEW CHAPTER 30-31 JANUARI 2021

 





Sebuah training yang telah direka khas oleh DR. HC. Ary Ginanjar Agustian, untuk membantu Anda menemukan jati diri, makna hidup, dan tujuan hidup. Training yang telah berjalan belasan tahun ini akan membuatkan Anda 

menikmati kehidupan dunia ini dengan lebih BAHAGIA.. ???? 


Anda akan merasakan hati yang dipenuhi dengan sesuatu yang bermakna (fulfillment), jiwa yang kuat (agile), dan bersemangat dalam mencapai kualiti hidup (achievement).

 Anda akan diajak menemukan 3 pertanyaan asas dalam kehidupan seperti : 

Siapa DIRI ANDA...?

DARI MANA ANDA...?

DAN MAHU KE MANA ANDA...?

Ya, Semua pertanyaan ini akan disampaikan secara menyeluruh dalam training 2 hari “ESQ 165 NEW CHAPTER” bersama Dr. HC. Ary Ginanjar Agustian.

Anda akan diajak mengharungi peta kehidupan agar mampu menemukan PEACEFUL – STEADY – PASSION dalam hidup.

Siapa yang tidak layak mengikut program ini?

Anda yang sudah berjaya dalam hidup
Anda yang tidak mempunyai masalah dan sentiasa bahagia serta tenang hidupnya
Anda yang hidup selalu penuh dengan motivasi dan semangat sepanjang masa
Anda yang sudah banyak pengalaman hidup dan tidak memerlukan pengetahuan tambahan lagi
Anda yang sudah malas belajar dan pasrah seumur hidup
Anda yang kedekut untuk pelaburan ilmu pengetahuan
Anda yang tidak memiliki masalah dalam kehidupan
Anda yang tidak pening dan tertekan dengan keadaan dan masalah keluarga, rakan, dan dunia pekerjaan
Siapa yang layak mengikut program ini?

Anda Ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan 
Anda yang ingin keluar dari masalah dan boleh menghadapi cabaran 
Anda yang mahu belajar dan sanggup bermula dari bawah.
Anda yang ingin tahu rahsia terkini dan terbukti boleh membuat kan anda bangkit dan berkembang
Anda yang sedang jatuh dan ingin bangun kembali
Anda yang ingin menemukan potensi hebat yang ada dalam diri
Anda yang ingin menemukan Kebahagiaan sebenar dalam kehidupan
Anda yang ingin memiliki Asas dan Mental yang Kuat

Adakah anda diantara golongan di atas ? Jika ya, saya ucapkan Tahniah! Silakan anda teruskan baca tulisan ini kerana saya dah tak sabar ingin berkongsi rahsia dan resepi kejayaan yang luar biasa ini dengan anda!!

 3 KAEDAH YANG MEMBUATKAN ESQ NEW CHAPTER BERBEZA 

1. VISUAL + AUDIOTORY + KINESTHETIC (V-A-K)
2. AFFIRMATION + VISUALIZATION + FEELING 
3. BRAIN WAVE TECHNIQUE


TUNGGU APA LAGI ???
JOM SEGERA DAFTARKAN DIRI, KELUARGA, SAHABAT, dan siapa sahaja yang ANDA sayangi ❤

HARGA BIASA :

RM1650
PROMOSI : RM99 shj

Daftar di SINI








 

DOA HARI SELASA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari selasa

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…

Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.

Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah kami dari riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpahan kurniaanMu.

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasanMU, berikanlah kami petunjukMU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami padaMU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.

Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepadaMU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisiMU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadaMU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepadaMU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaanMU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.

Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.

Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak dari kami kecil lagi.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.

Ya Allah limpahkan ketaqwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.

Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh- sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang. Ampuni lah kami dan terima lah taubat kami

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين





 

24 December 2020

KENAPA PERLUKAN PERHATIAN MANUSIA?


 


Jangan sedih bila tak dihargai.
Kenapa perlukan perhatian manusia?
Tak penatkah memburu perhatian dari orang² yang memandang kita hanya sebelah mata saja.

Jangan dirisaukan.
Kita takkan menjadi apapun jika manusia tak menyukai.
Tapi takutlah jika Allah tak menyukai perbuatan kita.

Biarlah manusia tak endah.
Satu menbenci ramai lagi menyukai.
Manusia hanya memberi harapan.
Nak cari yang benar² dipercayai ibarat mencari jarum di dalam pasir.

Ada yang jujur dalam lubuk hatinya.
Ada yang bertopengkan senyuman manis tapi menikam di belakang.
Ada yang ibarat api di dalam sekam.
Perlahan² membakar kita.

Berhati² dalam mempercayai insan bernama manusia.
Susah mencari kesetiaan.



18 December 2020

INTERMITTENT FASTING : MY JOURNEY

 


Dari haritu nak share tentang Intermittent Fasting kat blog. Tapi sentiasa terhalang dengan pelbagai perkara. Salah satunya, mental. Ye la, bukan semua orang mampu, mahu dan suka dengan apa yang kita buat, ye tak? 

Tiber. 

Tapi hari ni nak share juga. Lantak la. 

Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya nak buat penafian. Apa yang saya akan kongsikan ini adalah apa yang saya buat. Dan belum tentu apa yang saya buat ni, sesuai dibuat oleh orang lain. Badan kita berbeza, kan? 

Ok, mari mula cerita. 

Saya mulakan Intermittent Fasting (IF) ni bermula tahun 2019. Masa tu, nampak juga la penurunan berat badan. 5kg dalam masa 20 hari. Masa tu, saya buat sekali dengan puasa sunat. Nak pula, saya kerja di syif petang minggu tu. Jadi ia agak membantu. 

Seminggu tu saya berpuasa 20 jam sehari. Berhenti makan jam 12 tengah malam dan makan jam 8 malam. Berbuka puasa sunat dengan air kosong sebelum makan setengah jam kemudian. 

Lepas tu, saya berpuasa 16 jam sehari. Berhenti makan pada jam 4.30 petang dan makan jam 8.30 pagi esoknya. Berat badan masa tu kejap pangkal 7, kejap pangkal 8. Berat kan? 

Tapi masa tu, saya tak jaga makan. Saya makan je apa yang ada. Nasi? Jangan cakaplah. Favourite kot. Setiap hari makan. 

Sampailah masa PKP. Saya duduk di rumah bonda. IF ke laut, berat badan pun naik dengan jayanya. Bersambung pula ke hari raya, memang raya betul-betul la. 

Sekali.... zass!!!! berat badan hampir capai pangkal 9. What????? 

Baju pun dah banyak yang mengecut. Susah nak cari baju. Tapi duit tak ada nak beli baru. Kalau nak beli baju kat Lazada, selalu tak ada saiz. Huwaaa....... 

Jadi, bulan Julai 2020, saya tekad mulakan semula IF ni. Mula dengan 18 jam. Berhenti makan jam 2.30 petang dan makan 8.30 pagi esoknya. 

Bila dah mampu, saya awalkan tutup IF. 12.30 tengah hari. Jadilah 20 jam. Tapi bila buat macam tu, dalam pukul 10 lebih dah tak rasa nak makan dah. Jadi 10.30 pagi dah tutup IF. Jadilah 22 jam. 

Bila dah buat 22 jam, rasa sebu pula bila makan banyak dalam tempoh 2 jam tu. Jadi hanya makan sekali dalam tempoh tu. Alang-alang macam tu, terus la buat OMAD (One Meal A Day). Seronoknya buat OMAD ni, kita dah tak payah nak fikir nak makan apa dah lepas tu. Hahahaha 

Terus dapat 23 jam. Kadang tu lebih sikit. Sebab saya makan pun dalam setengah jam je. Dah kenyang. Ha gitu. 

Bila saya start buat OMAD, saya mula memasak. Ala, yang simple-simple je. Dah satu penjimatan kat situ. Kandungan garam dalam makanan pun kita dapat kurangkan. Tak gitu? 

Berat badan? Saya berjaya elakkan berat badan saya daripada mencapai angka 9. Alhamdulilah. Dah banyak inchloss. Ramai yang puji, badan dah kurus. 

Namun BMI masih obes, gais. 

Bulan 10, saya dah mula puasa sunat Isnin dan Khamis. Berbuka dengan air kosong sebelum sambung IF sampai esoknya. Dapatlah 27 jam IF. Pertama kali buat, gigil juga. Kali kedua, dah biasa. Uhuk Uhuk. 

Selepas 2 hari training ESQ Next Chapter, berat badan saya turun 2kg dalam masa sehari. Saya terkejut! Sebab dalam tempoh 2 hari training, saya masih buat OMAD. Makan sebelum program bermula. Dan ya. Banyak tenaga dalaman keluar. Nama pun training Intermediate kan. 


Lepas tu, PKPB Klang diikuti PKPB Selangor. Saya masih teruskan IF. Sengaja saya pilih hari Isnin dan Khamis sebagai hari bekerja di pejabat. Dan hari Jumaat, di mana hanya hari itu saya bawak bekal. 

Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara, saya mula bekerja di rumah selama hampir 4 minggu. Sebulan la. Agak tertekan, tapi saya tak mahu ia menguasai diri. Sebaliknya, saya melihat ia sebagai peluang untuk saya meneruskan IF saya. 

Di rumah, saya buat jadual BDR saya sendiri. Dan saya tetapkan 10 pagi setiap hari (Kecuali Isnin dan Khamis) sebagai waktu memasak saya. Dan saya akan memasak selepas solat dhuha. 

Dan kerana itu, setiap Selasa dan Jumaat, saya selalu terlebih waktu IF sehingga 29 jam! Itu adalah tempoh berpuasa paling panjang yang saya pernah buat sejak saya mengamalkan IF. 

Kemudian saya kembali bekerja di pejabat secara bergilir pada setiap Selasa dan Jumaat. Pada mulanya saya rasa ia agak mencabar untuk saya dari segi persiapan makanan di waktu pagi. Namun semuanya berjalan lancar Alhamdulilah. 

Itu journey saya. Bagaimana dengan berat badan? Adakah mengalami perubahan? 

Ya. 

Bermula Jun 2020 di mana berat badan saya 89kg, saya mengalami perubahan berat badan di mana 

Julai 2020 - 85 kg 
Ogos 2020 - 83.7 kg
September 2020 - 82.4 kg
Oktober 2020 - 77.1 kg 
November 2020 - 74.1 kg 
16 Disember 2020 - 72.8 kg

Pernah capai 70.9 kg pada 8 Disember namun kerana training bersama kawan-kawan, saya hanya IF 12 jam pada hari pertama dan tidak membuat IF pada hari kedua. Maka berat badan saya pun naik dengan jayanya. 

It's okay. Berat naik itu biasa dalam proses menurunkan berat badan. Nanti dia turun la balik. Hahahahaha 



Makanan saya pada hari Isnin dan Khamis. Biasanya sebelum itu saya akan berpuasa 18 jam. 


Makanan saya pada hari Selasa dan Jumaat. 


Makanan saya pada hari Rabu dan Sabtu. 

Hari Ahad? Saya cheat day. Makan apa saja yang saya inginkan secara terkawal. So selalunya saya order makanan dari FoodPanda atau GrabFood. 


Contoh Cheat Day saya. Sate! 


Saiz badan saya pada Jun 2020. 


Saiz badan saya pada Disember 2020. 

Saya telah menurunkan berat badan sebanyak 17 kg dalam masa 6 bulan. Mungkin pada orang lain, jumlah itu kecil. Tapi masa saya, jumlah itu besar. Kerana saya tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini. 

Alhamdulilah. 





ESQ CONFLICT & STRESS MANAGEMENT PROGRAM

 




Seminar 2 Hari "Conflict & Stress Management".

Program selama 2 hari memberi pencerahan berkenaan dengan pengurusan konflik dan stres. Mengenal apakah itu konflik dan stres, dan bagaimana untuk menangani  stres dan konflik dari dimensi IQ, EQ, SQ. Selain melihat dari sesi positif konflik dan stres dalam kehidupan. 


Kandungan Program :

1. Mengenalpasti apa itu konflik dan stress

2. Mengapa konflik dan stress berlaku

3. Pandangn positif terhadap konflik dan stress terjadi

4. Impak Stress ppada Fizikal, Emosi, Tingkahlaku dan Spiritual 

5. Apa strategi dan pendekatan terbaik dalam menangani konflik dan stress.

Hasil 2 hari program :

1. Pengukuran tahap stress, kemurungan dan kebimbangan - DASS (Depression Anxiety Stress Scales)

2. Memahami pengaruhi stress pada prestasi kerja 

3. Senaman Fizikal : EFT (Emotional Freedom Tapping) 

4. E-Sijil penyertaan.



Semua hanya >>> TRAINING ONLINE!!

Anda boleh mengikut Seminar 2 hari walau hanya  >>> #dirumahaja.


Tarikh : 29-30 Dec 2020
Masa : 9.00-11.30pg & 2.30-4.00ptg

Jadi, segera DAFTARKAN DIRI Anda sekarang juga!
Harga Hanya : RM65.00 seorang

Berminat??
Daftar sekarang!!!

Klik SINI