Ketahuilah bahawa al-Quran dan hadis2 Nabi saw telah byk memberi peringatan kpd kita. Namun berapa keratkah dikalangan kita yg mengambil peringatan ini.
Antaranya dlm alQuran surah al Anbiya ayat 1. Allah swt berfirman yg bermaksud :
"Telah semakin dekat kpd manusia perhitungan amal mereka sedang mereka dlm keadaan lalai (dgn dunia), berpaling (dari akhirat)"
Sekiranya kita perhatikan kisah Firaun sudah tentu kita akan merasa insaf. Allah swt biarkan jasad Firaun kekal sehingga kehari ini utk manusia mengambil pengajaran.
Namun hanya segelintir saja yg mengambil pengajaran kisah Firaun ini. Mengapa terjadi yg demikian?
Jawapannya mudah. Kerana hati kita dipenuhi dgn segala mcm penyakit. Kerana itu kita tidak merasa gentar dgn peringatan yg telah diberikan oleh alQuran dan hadis2 Nabi saw.
Kalau adapun perasaan gentar itupun hanya seketika saja kemudian kita biarkan peringatan itu berlalu pergi dan kita kembali spt sikap yg lama.
Maka Ingatlah segala perbuatan kita semuanya tidak terlepas dari pengawasan Allah. Biarpun sebesar biji zarah perbuatan kita didunia semuanya akan tercatit.
Justeru itu jadikanlah peringatan yg diberikan oleh alQuran dan hadis2 Nabi saw sebagai panduan dlm kehidupan seharian kita kerana penyesalan diakhirat sudah tidak berguna lagi.
Jgn lah kita lalai kerana masa sudah semakin singkat sebagaimana hadis drp Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda
"Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat setahun spt sebulan, sebulan spt seminggu, seminggu spt sehari, sehari spt satu jam dan sejam spt satu percikan api" (HR at Tirmizi)
RENUNG2KANLAH
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
Terima kasih atas ingatan :)
ReplyDeleteJangan lalai, hidup ini hanya sementara. Hihi nice sharing :)
ReplyDelete