31 January 2021

Pengomen Tegar Januari 2021 = Bloglist Februari 2021

 





Tahniah dan terima kasih kepada pengomen  tegar di atas kekentalan anda mengomen di blog saya. Sangat-sangat saya hargai. 

Dan sebagai tanda penghargaan itu, saya telah mengemaskini bloglist utama saya. Ada yang kekal, ada yang berpindah bloglist dari bloglist kedua. Tahniah semua. 

Moga kita (saya, anda, dia) sama-sama istiqamah menyokong antara satu sama lain dalam dunia blogging ini. 


Hanya mampu tunjuk 5 je. Tapi semua pengomen tegar saya bulan Januari 2021 ni ada dalam bloglist ni. :) 


Sekali lagi, tahniah dan... 




Perihal marah dan mengaku salah


Perihal marah dan mengaku salah. 

Ada satu kali tu, aku telah berjanji dengan kawanku untuk berjumpa dengannya selepas habis kerja. Bila waktu kerja nak habis, aku dapat call daripada dia, menyuruh aku datang lambat sedikit kerana dia ada hal lain. Lalu aku teruskan kerja aku dengan bahagia. 

Disebabkan aku sejenis manusia yang selalu senyapkan telefon, aku tak perasan pun kawan aku ni call aku sampai 3 kali. Bila aku dah perasan, cepat-cepat aku call dia balik. 
Rupanya dia tak jadi buat urusan dia, dan dia ingatkan aku sudah gerak dari ofis. Makanya dia terpaksa menunggu aku lama. 

Tapi yang buat aku terkejutnya, sebab ini pertama kali aku dengar nada dia marah sangat. Lebih kurang menyalahkan aku sebab aku tak angkat call dia. 

Aku pun cuba rileks lalu terus gerak ke tempat pertemuan. Semasa perjalanan aku terima mesej katanya dia cuba call aku banyak kali. Dan aku reply aku minta maaf, sememangnya aku tak perasan. Terus dia jawab dia pun minta maaf sebab termarah. 

Kat sini aku belajar satu benda, kita manusia seringkali nak menyalahkan sesuatu benda/orang lain kalau benda tu tak jadi macam apa yang kita nak. Mesti mencari alasan untuk dipersalahkan. 

Cuba bayangkan kalau dalam situasi tadi aku salahkan balik kawan aku tu, sebab dia yang suruh aku buat lambat sebab tu lambat, adakah kami boleh jadi baik balik? Silap hari bulan boleh gaduh besar. Mungkin aku terus cancel taknak jumpa dia, dan biar dia terus menunggu. Lalu putuslah persahabatan. Padahal benda kecik ja pun. Who knows?

Tapi berapa ramai daripada kita disebabkan benda kecil pun boleh bawak gaduh yang sangat besar?

Aku percaya, untuk semua benda yang tak elok jadi, tak boleh salahkan 100% kepada orang lain. Mungkin ada salah silap kita sendiri dekat mana-mana. To err is human. Kalau tak buat silap macam mana nak belajar kan?

Sebagaimana satu hadis nabi, “la taghdob” bermaksud; jangan marah. Baginda ulang sehingga 3 kali. Jangan marah! Jangan marah! Siapakah orang paling kuat?Orang yang menahan marahnya. Bukan senang weh nak tahan marah ataupun sabar. Benda ni memerlukan proses untuk menjadi sabar. 
Kita berdoa dikurniakan kesabaran. 

Untuk Tuhan makbulkan doa kita yang itu bukanlah dengan diberi terus kesabaran. Hari ini kita seorang pemarah, esoknya terus penyabar. Doa bukan macam pos laju. Untuk jadi seorang yang penyabar tu Tuhan berikan macam-macam ujian, sikit demi sikit kita belajar bersabar sehingga kita dah biasa. 

Tak percaya kau tengok macam mak-mak dan pak-pak kita. Kalau anak sulung atau awal-awal ni bukan main garangnya la hai. Mai adik bongsu kita, rotan pun tak. Bahasa bukan main lemah lembut nak menegur. Begitulah. It’s a process. 

Mengalah tak semestinya kalah. Masalah kita sekarang, aku boleh kata ego. Kadang salah kita sendiri pun, tetap taknak mengaku salah. 
Apa yang kita boleh dapat melalui ego? Literally, nothing! Kita syok sendiri rasa kita menang. Hakikatnya?

Mengaku salah dah meminta maaf. Agak susah untuk yang punya ego. Kita yang mana?

Kadang, mengalah benda yang sememangnya kita betul tu lebih baik berbanding merosakkan satu perhubungan. 

Aku pernah menegur sesuatu kakak naqibah usrah aku pasal sesuatu, depan khalayak. To my surprise, she’s being so humble, she admitted her fault and apologised in front of others. 

Sebagai naqibah boleh berbuat begitu, membuatkan aku bertambah hormat dengan dia. Kau nampak tak? Dengan mengaku salah walaupun sebagai pemimpin atau jawatan lebih tinggi daripada orang lain langsung tak akan merendahkan posisi orang itu, sebaliknya meninggikan darjat orang itu. 

Sebagaimana sahabat nabi, Sayyidina Umar al-Khattab, beliau adalah seorang pemimpin dan pada masa yang beliau adalah pengikut. A true great leader is also a follower. Yang mana benda ni yang selalu orang lupa berada di atas, kita juga adalah pengikut. Bilanya ada kesedaran ini barulah menjadi seorang yang merendah diri. Humble. Samalah konsepnya dengan seorang guru juga sebenarnya adalah seorang murid. Makanya, kita akan jadi manusia yang sentiasa mahu belajar.

Sumber : Telegram Ruang Aksara

Zubaidi Amir Qusyairi


Foto percutian yang diambil bersama Zubaidi Amir Qusyairi dan keluarga angkatnya bersama sebahagian daripada keluarga besar ESQ/ATS. Gambar ini diambil genap 2 tahun lalu.

Amir begitu dekat dengan kami semua. Setiap kali training ESQ diadakan, Umi pasti akan membawa Amir bersama. Gelagatnya memang menghiburkan. Ada saja pertanyaannya.

Hari ni, Amir dah tak ada. 

Tiada kata yang dapat diucapkan saat menerima berita pemergiannya. Malam tu, kami semua tidur jam 1-2 pagi. Famili umi langsung tak dapat tidur. Mereka berusaha untuk ke Melaka walaupun PKP.

Kami semua terkesan dengan berita ni. Apatah lagi cara dia pergi dengan cara yang cukup menyayat hati. 

Saat posting ini ditulis, keluarga umi sedang berusaha untuk membawa jenazah pulang ke Rawang untuk dikebumikan di sana. Semoga waris Amir dilembutkan hati mereka untuk membenarkan semua ini berlaku. Aamiin...

Al Fatihah buat Amir. Syurga tempatmu, dik. Rehat ya di sana.

Zubaidi Amir Qusyairi ❤️

30 January 2021

Tak Faham. Boleh Explain?


Semalam masa tengah blogwalking dan approve komen, benda ni muncul. Tak tahu la apa maksudnya. Ada sesiapa boleh explain?

29 January 2021

Bila Kita Dah 3 Series...

 



Bila dah masuk umur 30-50 tahun, sepatutnya kita kena mula mencari Circle yang selalu berbincang tentang :


- masa hadapan

- akhirat

- kasih sayang Tuhan

- kerja kerja kebajikan


Ini bukan masanya untuk kita berada di dalam Circle yang suka berbincang tentang :


- aib orang lain

- hiburan keterlaluan

- iri hati sesama sendiri

- saling menyalahkan

- membuatkan kita jauh dari Tuhan


Mungkin inilah masanya untuk kita mula mencari Circle dan sahabat yang :


- kita lihat KEBAIKAN dalam dirinya

- kita nampak KEBAJIKAN dalam perbuatannya

- kita rasakan KASIH SAYANG dari dirinya

- kita saksikan KEIMANAN dalam rutin hariannya


Good circles and friends are like stars, you don't always see them but you know they are there


Kredit : Taufiq Razif




28 January 2021

Yeay! Kombo Muruku kembali!


Yeay! Kombo Muruku kembali! 

Hanya RM38, dapat 2 balang. Beli 1-1, RM20 tauuu! Jimat RM2. 

Ada 2 jenis, Muruku Omapodi dan Muruku Ribbon. Tak pedas pun, budak-budak pun sukaaa!

Lekas beli sebelum jam 1.00! Boleh dikurier terus hari ini insya-Allah! 

Klik sini sekarang! 


Jom Daftar Dropship KHM One Cookies!



Sertai team saya untuk upgrade diri dan bantu keluarga menjana pendapatan bersama kami.

1. Sistem Dropship mudah. Hanya share link sahaja. 

2. Komisen sedap! RM5-50/produk.

3. Ada bonus bulanan, siap ada payslip.

4. Hanya bermodalkan pembelian mana-mana produk, terus boleh jadi Dropship dah. Produk termurah ialah RM15.

5. Ada kiraan jualan berkumpulan untuk dapat bonus. 

6. Training diberikan! Best gila dapat belajar.

7. Tak ada halangan kalau nak jadi DS lain jual berbagai produk.

8. Sambil lipat kain pun orang membeli, senang! 

9. Tak perlu pegang produk, semua HQ uruskan!

10. Bahan media, support semua diberikan percuma!

Lekas!

Nak daftar mudah sahaja. Klik link ini:


Kemudian pilih 1 produk untuk dibeli, bayar, terus aktif! Nanti terus log in dan masuk dalam sistem itu ya. Baca paparan utama untuk pergi ke Group Support yang kami sediakan. 

Jom semua! Bismillah!

Nampak Kelakar?


Nampak kelakar?
Rasa kelakar?
Atau ada rasa lain yang bertandang di hati?

Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu.

Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.

Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.

Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu. 

Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.

Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.

Tolong.

Jaga tingkah laku kita dengan pasangan.
Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.

25 January 2021

Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)


 

Jom join satu lagi segmen anjuran blogger Sii Nurul ni. 


Klik gambar untuk join.

Syaratnya pun sangat mudah dan hadiahnya agak menarik. 


Apa lagi? Jom join! 




Adab di Media Sosial


Di era teknologi dan digital ini, kehidupan kita banyak habis di media sosial 💻📱

Tidak dinafikan media sosial memudahkan perhubungan kita.

Namun, sejauh mana kesedaran kita tentang adab sebagai pengguna media sosial?

1. Pasakkan niat yang baik

Fahami niat asal tujuan mempunyai akaun di media sosial. Elakkan dari menjadikan media sosial kita ruang yang negatif. 

2. Tidak Meninggalkan Kewajiban Utama

Islam menggalakkan seseorang untuk besederhana dalam segala sesuatu. Tidak salah untuk bersosial di media tetapi gunakanlah secara sederhana. Janganlah terlalu lalai di media sosial. 

3. Menjaga Akhlak

Di media sosial, terdapat pelbagai kontroversi yang ditularkan oleh masyarakat. Ianya bergantung kepada diri bagaimana kita memberi respon terhadap terhadap kritikan yang diberikan. 
Kerana itulah Islam mengajar kita untuk sentiasa berhati-dalam menerima setiap perkhabaran.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

4.       Menjaga Keselamatan Diri

Pelbagai maklumat peribadi kini mudah di kongsi di alam maya. Pengguna haruslah cakna dan berfikir dengan bijak sebelum “expose” perihal peribadi mereka kepada stranger. 

5.       Jadikan Media Sosial Sebagai Media Dakwah 

Medan sosial juga boleh dijadikan sebagai platform pahala. Perkongsian ilmu, motivasi, ceramah dan seantena dengannya boleh sama-sama di pelajari. 
 

Kita mungkin boleh memadam kembali history carian yang kita buat. Namun di sisi Allah, perkara itu tidak mungkin terpadam. 

Ia akan tercatat di buku amalan dan selamanya akan berada di situ.
 CCTV Allah sentiasa memerhati.

Wallahua’alam 
Lahaulawala quwwata illa billah 

Sumber : Telegram Dr Azura Hashim, Master of Handwriting Analyst.

24 January 2021

Cheat Day | Maggi Goreng


Seperti biasa. Hari Ahad adalah hari tipu (cheat day). Jadi saya akan makan ikut suka hati saya. Erm. Tak la sangat.

Jadi menu hari ini ialah... Maggi goreng!

Nampak meenyelerakan, kan?

Resipinya mudah sahaja.

Panaskan minyak
Masukkan 1 sudu bawang mesin
Masukkan 1 sudu cili mesin (cili boh @ cili serbuk yg dibancuh)
Masukkan 1 sudu sos tiram
Masukkan 1 sudu sos cili
Masukkan 1 sudu sos tomato
Masukkan kicap ikut suka hati
Masukkan air ikut suka hati
Kacau sampai mendidih
Masukkan 2 bungkus megi - masak dulu bagi lembut sikit
Kacau hingga sebati ye kengkawan
Angkat n hidangkan

Resipi telur mata
Masukkan minyak
Masukkan 1 biji telur ayam
Angkat bila dah masak

Senang!

Drama Korea | Handmade Love


Ye gais. Aku tengok drama Korea lagi minggu ni. Agak berlainan sikit sebab kalau diikutkan tak sesuai dipanggil drama sebab durasi setiap episod adalah 9 hingga 10 minit. Tapi lantak la.

A romance/fantasy featuring the cursed god Woven, who is newly-arrived on Earth, where he must design and create outfits that are comforting to humans, in order that he may regain entry into heaven. Together with his savvy assistants Joey and Han Sarang, they successfully heal the emotional wounds of their clientele.
Naver, KpopMap©

This made-for-web drama showcases the clothing, accessories, and home furnishings of HANDSOME INC.

Memang best. Dan macam biasa, jatuh hati dengan hero dia. Eh.

— SEBUAH KEMAAFAN —


Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi.

Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.

Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita.

Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.

Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita.

Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.

Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Yang dilihat bahagia,
Mungkin sedang derita.
Yang nampak hina,
Mungkin dia mulia.

Yang dilihat salah,
Mungkin ia benar.
Tak rugi mengalah,
Yang penting tetap sabar.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Muhasabah diriku sendiri 😔

Kredit Ustazah Asma' binti Harun

@quotephotovideo 🕸🕸🕸

23 January 2021

Sedih dan Terkejut. Kenapa?


Berita sedih yang saya baru terima tadi. Sedih tu ada, tapi terkejut tu lebih mengatasi.

Kenapa?

Time-time PKP ni la ikan ni nak buat hal makan kucing. Hailahhhh.....

Doaku Hari Ini


Bismillah.. 
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah bantulah aku mengingatimu, memsyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami.

Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai.

Ya Rabb hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta pertolongan.

Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.

Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar.

Ya Allah ringankanlah diri kami untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah sebagai persediaan kami untuk akhirat. َ

Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.

Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dengan apa yang kami ada pada hari ini dan sentiasa bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.

Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan. rezeki itu kami semakin dekat denganMu Ya Allah. َ

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaabannaar.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. 

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Wasollallaahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keatas keluarga dan sahabat-sahabat bagina.

Aamin Aamin ya rabbal alamin.

22 January 2021

Biskut Bijan Gumuk Nyum Nyum Sedapnya!


Biskut Bijan gais! Mana yang biasa makan, biskut ini keras sedikit. 

Kena makan dengan air panas! Cicah-cicah kopi gituhhh. Sedaaap. Tak berhenti makan dibuatnya.

Hanya RM15 sahaja sebalang. Mana nak dapat murah begini kaannn. Lekas kami kurier terus ke rumah kalian. 

Order dekat sini sekarang: