Tanda-tanda wanita matang
Wanita yang matang tidak terjadi dalam sehari. Mereka melalui onak dan duri. Mereka jatuh banyak kali dan bangkit beribu kali ganda. Mereka itu binaan yang kukuh hasil bancuhan simen kehidupan.
Wanita yang matang itu gayanya boleh dibaca. Mereka berbeza daripada biasa. Bila berbual mereka bercakap dengan nada rendah. Mereka berhenti menggunakan nada yang tinggi. Wanita yang matang percaya intonasi suara itu penting. Mereka melayan semua orang dengan sopan santun hormat dan mulia.
Wanita yang matang seronok mencari kebaikan. Senyuman orang lain mahal bagi mereka. Mereka juga suka berikan senyuman. Mereka tidak fikir sangat apa orang kata. Mereka beri sahaja. Yang penting semua orang bahagia.
Wanita yang matang baik dengan semua orang perempuan atau lelaki. Muda atau tua. Besar atau kecil. Wanita yang matang suka hulurkan tempat duduk. Suka pelawa untuk makan minum bersama walaupun siapa pun mereka.
Pandangan peribadi sudah tidak penting. Wanita yang matang utamakan hubungan kemanusiaan. Mereka fokus pada harmoni. Wanita matang bicaranya sopan. Sudah tidak ada umpatan mereka menolak kejian. Yang keluar dari lisan mereka kata-kata yang baik ucapan membina. Lidah mereka digunakan untuk memuliakan orang sahaja.
Wanita yang matang ini tidak terkesan dengan cerita orang mereka tidak simpan di dalam hati. Mereka hanya nampak kehidupan syurga mereka perindahkan awal-awal di dunia.
Wanita matang ini solehah. Mereka dahulukan keluarga. Mereka percaya keluarga adalah ladang pahala. Dari situ terbina syurga. Wanita matang gembira melihat orang bahagia. Mereka sayang diri sendiri sayang semua orang tidak suka sengketa nak semua orang gembira.
Percaya mana-mana keluarga akan ceria jika wanita matang ini tenang dan bahagia di dalam rumah tangganya. Berusaha lah ke arah wanita matang.
P/S : aku sendiri tak tahu aku ni matang ke tak. Huhu.
susah nak jadi wanita matang ini
ReplyDelete