09 January 2021

Jom Derma Darah!

 


Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tapi bila tengok gambar yang ada dalam simpanan, maka terkeluarlah gambar ini.



Ya. Ini adalah gambar yang saya ambil semasa menderma darah Oktober lepas. Alhamdulilah. Masih dalam tempoh 3 bulan berpantang sebelum kembali menderma darah, tapi bekalan darah di PDN semakin berkurang, seiring dengan peningkatan kes COVID-19. 

Eh, ada kena mengena ke? 



Sengaja saya lampirkan jadual kempen derma darah sekitar KL dan kawasan sekitar untuk hari ini. Supaya korang boleh pilih tempat yang mana dekat dengan korang. Jangan jauh-jauh sangat. Keluar hanya bila perlu.

PKP masih ada, gais. 


Bagi penderma berulang, korang hanya perlu bawa buku merah atau kad pendermaan darah. Bagi penderma kali pertama, isi dulu borang online di SINI

Jom! 

1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!