21 January 2021

Kenapa saya suka promo tentang ESQ?

 


Kenapa saya suka promo tentang ESQ?

Kerana saya pernah menghadiri program ini kali pertama pada tahun 2009. Langsung saya jatuh cinta. 

2012, saya menghadiri peringkat kedua program ini. Cinta saya semakin mendalam. 

2013, saya menghadiri peringkat ketiga dan keempat program ini. Jangan cakap la berapa level cinta saya. Hehehe. 

Pada tahun yang sama, peringkat kedua dan ketiga program ini digabungkan bagi memberikan lebih impak pada para peserta. 

Berapa yang saya laburkan untuk menghadiri program ini? 


Pergi atas tajaan majikan pada tahun 2009, saya menyimpan wang sendiri untuk menghadiri peringkat kedua (sebab tu lambat). Kemudian buat personal loan pada tahun 2013 untuk peringkat ketiga dan keempat. Dah habis bayar dah pun. 


Mahal ke? 

Hampir RM400 saya laburkan untuk program 'pelaburan sepanjang hayat' ini. Mahal kan? Mahal dan berbaloi. 


Tahun 2016, program ini dijenamakan semula. Kini dikenali sebagai ESQ New Chapter, ESQ Next Chapter dan ESQ Final Chapter. 


2020, apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, pihak ESQ mengambil inisiatif mengadakan program ini secara atas talian. Bermula pada 16 Mei 2020, ESQ New Chapter diadakan setiap bulan menerusi aplikasi Zoom sebagai perantara. 


ESQ Next Chapter pula dianjurkan bermula Oktober 2020 manakala ESQ Final Chapter dianjurkan bermula Disember 2020. 


Yuran penyertaannya bagaimana? 


RM165 bagi setiap Chapter. Bermakna jika dijumlahkan, yuran penyertaan adalah sebanyak RM495. 

Hanya 1/10 daripada jumlah pelaburan saya kan? 


Namun! (eh, ada namun pulak?)



Sehingga 30 Januari 2021, ESQ menawarkan Combo Chapter - Special Promo untuk ketiga-tiga program berkenaan. Anda hanya perlu membayar RM297 dan ada hadiah bonus menanti! Eh jelesnya saya... 


Ayuh daftar cepat! Klik SINI untuk pendaftaran atau imbas kod QR di bawah. 



Insya Allah, saya juga akan join. Jumpa di sana!

12 comments:

  1. Molek rasanya terangkan sedikit tentang ESQ ni sebab tak faham program apa ni.

    ReplyDelete
  2. Nak cerita panjang, mungkin agak sukar dan mungkin juga kalian kurang memahaminya. Jadi saya sertakan pautan viceo pengenalan tentang ESQ di bawah.

    https://www.youtube.com/watch?v=9lCd8k-dQeo

    ReplyDelete
  3. tengok ada yang share pasal esq. tapi taktau apa dia esq ni hehe. all the best sis

    ReplyDelete
  4. Sama seperti Farhana, rasanya elok ada sikit mukadimah pasal apa itu ESQ biar kita yang baca nie ada idea sikit kan.
    Majlis ilmu adalah majlis yang tidak pernah salah dihadiri pada pendapat saya

    ReplyDelete
  5. Bagus sebenarnya untuk peningkatan diri.. wlpun x jelas sgt tapi tengok pd siri yg ditawarkan nampak menarik

    ReplyDelete
  6. Tadi tertanya juga apa tu ESQ.. pestime Sis dengar dan baca ni.. atau pemahaman Sis ianya pelaburan saham? Nanti update dan terangkan lagi ya, nak juga tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "pelaburan" yang dimaksudkan di sini ialah yuran yang dikeluarkan untuk menghadiri program ini. 😁

      Delete
  7. What is ESQ ya? Sis ada share link nanti nak tengok la utk fahami program ni.. 👍

    ReplyDelete
  8. I'm also not aware of and have no idea of what ESQ is. But all the best to you in your self-enhancement journey.

    ReplyDelete
  9. ESQ hurmm tak pernah dengar pun hehehe adakah ia kelas motivasi untuk kerjaya dan business macam orang lain buat hehehehe...

    ReplyDelete
  10. This looks like such a beneficial and good program. thanks for sharing about it

    ReplyDelete
  11. it's good to invest and get good return. keep it up and wish for more successful stories next ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!