"Kak Bai, akak di mana?"
"Rumah."
"Kak, jom kita pergi makan!"
"Jom!"
Dan begitulah ceritanya. Bukan susah pun nak ajak saya pergi makan. Walaupun mengamalkan Intermittent Fasting, ia bukan halangan. Fleksibilitinya membuatkan saya senang dengan gaya hidup ini.
Eh. IF bukan diet yea. Ingat tu.
Berbalik kepada cerita makan tadi, saya terima panggilan telefon daripada Nadia yang katanya, teringin nak cuba makan di Super Saigon, Hartamas. Kita pun layankan ajelah. Makan, kan? Siapa yang tak nak?
Ini yang saya makan. Nadia yang orderkan. Saya lupa namanya. Tapi memang sedap la. Penuh daging. Kenyang!
Portion dia sebenarnya biasa untuk orang yang kuat makan macam saya. Tapi disebabkan banyak daging + saya puasa 4 hari sebelum ni, perut terasa kecil. Makanan ni tak habis!
Terkejut saya.
Kemudian kami ke Quayside Mall, Kamunting.
Eh, apeda Kamunting? Kemuning la. Hahahaha
Mall ini baru dibuka penghujung 2020 lalu. Banyak tarikannya. Boleh sewa basikal, boleh tengok pertunjukan air pancut di sebelah malam, boleh naik bot flamingo. Tapi disebabkan kami sampai di sebelah malam, bot flamingo tak beroperasi. Kami pun tak tahu macam mana nak naik bot tu. Hakhak.
Tapi ada sesuatu yang saya belajar, iaitu...
Cara untuk ambil gambar selfie di depan cermin tanpa orang sedar pun! Hahahaha cantik tak?
Itu sahaja cerita 1 Januari 2021. 364 hari lagi untuk dihadapi dengan penuh kesyukuran dan keceriaan. Kan?
Kuew teow celup kot..saya teka je..nampak macam mee celup. Nampak sedap.
ReplyDeletegmbr selfie tu chaantek giler., ;p
ReplyDelete