Nampak kelakar?
Rasa kelakar?
Atau ada rasa lain yang bertandang di hati?
Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu.
Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.
Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.
Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.
Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.
Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.
Tolong.
Jaga tingkah laku kita dengan pasangan.
Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.
Setuju!!!! Anak anak senang nk ikut apa pun perlakuan mak ayah merekaaa..
ReplyDeleteanak2 lebih mudah meniru perbuatan dri ibu bapa..itulah acuannya.
ReplyDeleteSatu contoh yg sangat tidak patut. Itu lelaki yg takde otak tu.
ReplyDeleteApa sahaja perbuatan mak ayah menjadi cerminan anak-anak..
ReplyDelete