Perihal marah dan mengaku salah.
Ada satu kali tu, aku telah berjanji dengan kawanku untuk berjumpa dengannya selepas habis kerja. Bila waktu kerja nak habis, aku dapat call daripada dia, menyuruh aku datang lambat sedikit kerana dia ada hal lain. Lalu aku teruskan kerja aku dengan bahagia.
Disebabkan aku sejenis manusia yang selalu senyapkan telefon, aku tak perasan pun kawan aku ni call aku sampai 3 kali. Bila aku dah perasan, cepat-cepat aku call dia balik.
Rupanya dia tak jadi buat urusan dia, dan dia ingatkan aku sudah gerak dari ofis. Makanya dia terpaksa menunggu aku lama.
Tapi yang buat aku terkejutnya, sebab ini pertama kali aku dengar nada dia marah sangat. Lebih kurang menyalahkan aku sebab aku tak angkat call dia.
Aku pun cuba rileks lalu terus gerak ke tempat pertemuan. Semasa perjalanan aku terima mesej katanya dia cuba call aku banyak kali. Dan aku reply aku minta maaf, sememangnya aku tak perasan. Terus dia jawab dia pun minta maaf sebab termarah.
Kat sini aku belajar satu benda, kita manusia seringkali nak menyalahkan sesuatu benda/orang lain kalau benda tu tak jadi macam apa yang kita nak. Mesti mencari alasan untuk dipersalahkan.
Cuba bayangkan kalau dalam situasi tadi aku salahkan balik kawan aku tu, sebab dia yang suruh aku buat lambat sebab tu lambat, adakah kami boleh jadi baik balik? Silap hari bulan boleh gaduh besar. Mungkin aku terus cancel taknak jumpa dia, dan biar dia terus menunggu. Lalu putuslah persahabatan. Padahal benda kecik ja pun. Who knows?
Tapi berapa ramai daripada kita disebabkan benda kecil pun boleh bawak gaduh yang sangat besar?
Aku percaya, untuk semua benda yang tak elok jadi, tak boleh salahkan 100% kepada orang lain. Mungkin ada salah silap kita sendiri dekat mana-mana. To err is human. Kalau tak buat silap macam mana nak belajar kan?
Sebagaimana satu hadis nabi, “la taghdob” bermaksud; jangan marah. Baginda ulang sehingga 3 kali. Jangan marah! Jangan marah! Siapakah orang paling kuat?Orang yang menahan marahnya. Bukan senang weh nak tahan marah ataupun sabar. Benda ni memerlukan proses untuk menjadi sabar.
Kita berdoa dikurniakan kesabaran.
Untuk Tuhan makbulkan doa kita yang itu bukanlah dengan diberi terus kesabaran. Hari ini kita seorang pemarah, esoknya terus penyabar. Doa bukan macam pos laju. Untuk jadi seorang yang penyabar tu Tuhan berikan macam-macam ujian, sikit demi sikit kita belajar bersabar sehingga kita dah biasa.
Tak percaya kau tengok macam mak-mak dan pak-pak kita. Kalau anak sulung atau awal-awal ni bukan main garangnya la hai. Mai adik bongsu kita, rotan pun tak. Bahasa bukan main lemah lembut nak menegur. Begitulah. It’s a process.
Mengalah tak semestinya kalah. Masalah kita sekarang, aku boleh kata ego. Kadang salah kita sendiri pun, tetap taknak mengaku salah.
Apa yang kita boleh dapat melalui ego? Literally, nothing! Kita syok sendiri rasa kita menang. Hakikatnya?
Mengaku salah dah meminta maaf. Agak susah untuk yang punya ego. Kita yang mana?
Kadang, mengalah benda yang sememangnya kita betul tu lebih baik berbanding merosakkan satu perhubungan.
Aku pernah menegur sesuatu kakak naqibah usrah aku pasal sesuatu, depan khalayak. To my surprise, she’s being so humble, she admitted her fault and apologised in front of others.
Sebagai naqibah boleh berbuat begitu, membuatkan aku bertambah hormat dengan dia. Kau nampak tak? Dengan mengaku salah walaupun sebagai pemimpin atau jawatan lebih tinggi daripada orang lain langsung tak akan merendahkan posisi orang itu, sebaliknya meninggikan darjat orang itu.
Sebagaimana sahabat nabi, Sayyidina Umar al-Khattab, beliau adalah seorang pemimpin dan pada masa yang beliau adalah pengikut. A true great leader is also a follower. Yang mana benda ni yang selalu orang lupa berada di atas, kita juga adalah pengikut. Bilanya ada kesedaran ini barulah menjadi seorang yang merendah diri. Humble. Samalah konsepnya dengan seorang guru juga sebenarnya adalah seorang murid. Makanya, kita akan jadi manusia yang sentiasa mahu belajar.
Sumber : Telegram Ruang Aksara
Mungkin kawan tu had a rough day, jadi, dia marah-marah. Sama-sama kita usaha untuk kawal marah kita. Tapi, tak payah la marah-marah. Penat tau, marah-marah ni. :)
ReplyDeleteSalah satu sifat terpuji ialah orang yang boleh mengawal kemarahannya.
ReplyDeleteBetul.. Kesilapan kecil kalau tak pandai dikawal memang boleh buat jadi besar.. Kena ada yang rendahkan ego dan minta maaf..
ReplyDeletei think i am one of the person yg akan naik angin klu call tak jawab...
ReplyDeleteKalau tgh desperate mcm tu mmg logik dia marah tapi sebaiknya kawal la kemarahan tu lagi bagus
ReplyDelete