25 February 2021

3 Jenis Sombong


SOMBONG itu ada 3 jenis..??


1. Sombong terhadap Allah swt

;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.


2. Sombong terhadap Rasul

;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.


3. Sombong terhadap makhluk

;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.


Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ


لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ


"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)


Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.


Siapa yang lebih buruk?


"Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"


"Subhanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.


"Mengapa boleh begitu?"


"Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."


"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda.


"Kita, anakku", ujar beliau.


"Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."


Sambungnya lagi, "Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."



5 comments:

  1. Wah.. Sangat deep kisah si alim dan anaknya. Yelah kan, dari dok judge orang, baik kita betulkan diri sendiri. Good sharing

    ReplyDelete
  2. org sombong ni x sedar yg dia ni dibuat daripada tanah...tp masih nk bersikap mcm dicipta daripada emas

    ReplyDelete
  3. Good sharing. Semoga dijauhkan dari sikap sombong ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!