28 February 2021

Cheat Day | Double S


Hari Ahad. Memang sinonim dengan hari tipu. Alah, cheat day. Hahaha.

Dan disebabkan itu, saya memasang niat untuk menikmati sushi. Kali terakhir, Oktober tahun lepas. Memang saya pasang niat, kalau saya capai target dalam penurunan berat badan, saya nak makan sushi. 

Tambahan, saya berpuasa sunat 3 hari berturut-turut. Puasa hari putih. Jadi hari terakhir, saya buat IF lebih 29 jam. Saya rancang nak 'berbuka' dengan sushi.

Namun rancangan memang lebih mudah dari pelaksanaan. Sampai kat Sushi King awal pula. Stafnya beritahu, servis dine-in akan dibuka pada jam 11.30 pagi.

Haduh. Mana nak lepak ni? Dah la sorang.

Sudahnya masuk ke Secret Recipe yang terletak bersebelahan. Hahaha. 

Tak apalah. Alas perut dulu. Nanti boleh makan sushi. Sebelah kedai je haa.

Alas perut?

Mushroom soup.

Iced lemon tea. Plain water. Air suam la.

Anda percaya saya makan ini sahaja?

Ya. Terima kasih sebab tak percayakan saya. Hahaha.

Main dish katanya. Nasi goreng dengan sate. Dan ya. Rasa banyak pula portion dia ni.

Rasa banyak pun, licin juga. Hehehe. 

Dah habis, saya teruskan makan di Sushi King. Mungkin sebab dah kenyang, dan saya pun memang plan nak merasa sepinggan dua. Terlupa pula nak ambil gambar. Teruja sangat!

*Senyum*

9 comments:

  1. Patutlah tak nampak gambar sushi. Rupa-rupanya terlupa nak ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. Biasa laa kita hanya mampu merancang hehe tp akhirnya dpt juga merasa seketul dua sushi nya kan hehe alhamdulilh

    ReplyDelete
  3. cheat day tipulah tak makan banyak.. SR ada byk menu baru

    ReplyDelete
  4. omgggg hahahaha this is the best cheat day ever

    ReplyDelete
  5. Hehe tak sabar nak menikmati sushi sampai lupa ambil gambar..

    ReplyDelete
  6. samala cam wak kemarin ada kawan ajak nk makan sushi king melaka., mula2 nk masuk awek pelayan tu kata xde air., okay fine, air tin je ada., tapi bila dh masuk dh duduk., mamat chef dari dapur kata sbb xde air semua meals xleh nk hidang, yg ada cuma sushi atas conveyor belt yg sedang berpusing tu je., hawauuu., huhuhu

    ReplyDelete
  7. Lebih dari sekadar alas perut ni. Hihi..sehari cheat day. Why not tak boleh makan lebih kan.

    ReplyDelete
  8. Cheat day kan... kenalah enjoy 😊

    ReplyDelete
  9. Sekali-sekala cheat day. Lama jugak tak makan sushi ni. Nyaris tertipu gak la yang awak makan mushroom soup je kat SR. Haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!