Rasulullah SAW bersabda :
"Cukuplah bagimu MATI
sebagai penasihat"
(HR al-Baihaqi)
Selalulah kita ingatkan diri kita sendiri bahawa hari ini mungkin hari terakhir kita hidup di dunia ini.
Setiap hari apabila bangun dari tidur, cakaplah pada diri kita :
" wahai diri, hari ini mungkin hari terakhir aku hidup di dunia.
Oleh itu, aku tidak akan menangguhkan ucapan kasih sayangku kepada semua yang akrab denganku.
Aku tidak akan menangguhkan amal kebaikan yang telah lama aku berazam untuk lakukan.
Aku tidak akan menunggu lagi untuk meminta maaf dan memberi maaf kepada semua orang yang aku bersalah dengannya atau yang bersalah denganku."
Mudah-mudahan bila kita sentiasa ada self-talk kita yang positif di awal pagi akan mengubah hidup kita menjadi lebih positif dan berjaya di dunia dan akhirat.
Hati yang sentiasa mengingati mati adalah hati yang hidup.
hidup kena sentiasa igt mati kan...
ReplyDeletejom kita muhasabah diri..
ReplyDeletehidup berlandaskan agama agar mati kelak tidak sia2 :)
ReplyDeleteMungkin hari ini kita masih bernyawa, tapi besok belum tentu. Mati juga tak syarat tua. Kematian itu pasti. Hanya Allah maha mengetahui.
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDeleteSentiasa ingat mengingati kerana manusia mudah lupa dan alpa.
ReplyDeleteTerima kasih untuk peringatan...
ReplyDelete