Dalam berdakwah jadilah insan. Jangan jadi Tuhan. Jangan mencemuh pendosa, seolah-olah kita ini tidak pernah berdosa. Apabila hati kita sudah gelap. Kita akan mudah bersangka buruk pada orang lain.
Jangan kita perkecilkan amalan orang lain, walaupun kita selalu hadir majlis ilmu dan selalu berzikir. Syurga itu banyak jalan untuk masuk. Biarlah ALLAH saja tentukan. Bersangka buruk adalah permulaan kepada penyakit hati.
Setiap orang belum tentu baik, tapi pasti ada kebaikan pada setiap orang. Jangan sesuka hati menilai seseorang. Setiap orang baik pasti punya masa lalu. Setiap pendosa pasti punya masa depan. Jangan hanya melihat keburukan orang kerana seburuk-buruk orang ada 1001 kebaikan dia yang kita tak pernah lihat.
Jangan jangan orang yang engkau anggap hina itu ternyata lebih mulia di hadapan ALLAH dibanding diri kita. Kita akan jadi cukup hina apabila kita memandang hina orang lain serta menganggap kita lebih baik dari orang lain. Jangan lupa istighfar.. kita semua pendosa.
siapalah kita nak hina org lain sdg kan kita sama-sama 'diperbuat' daripada tanah..
ReplyDeletetengok jenis dosa jugak, kalau menganiaya orang susah untuk kita dekatkan diri
ReplyDeleteALHAMDULILLAH TAHNIAH REZEKI
ReplyDeleteamin, insyallah saling ingat mengingati....
ReplyDeleteBetul tu. Siapa kita nak judge orang, kita sendiri pun banyak buat dosa.
ReplyDeletebetul, tak perlu la nak judge org, jaga ja diri sendiri :)
ReplyDelete