Esok Khamis 13 Rejab. Hari yang disunatkan berpuasa. Puasa sunat hari Khamis dan puasa sunat Hari Putih.
********************************************************
Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis
Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:
Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis. "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" (Hadis Riwayat Muslim)
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.
Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah;
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Yaumal Itsnaini Sunnatan Lillahi Taa’ala
Sahaja saya berniat puasa hari isnin, sunnah kerana Allah ta’ala.
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Yaumal khomiisi Sunnatan Lillahi Taa’ala
Sahaja saya berniat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala.
Semoga perkongsian di atas bermanfat bagi kita semua terutamanya mereka yang ingin dan telah melaksanakan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis.
Sumber : JAKIM dan Internet
***********************************************************
Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau ayyamul bidh ini?
Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.
Kenapa dinamakan Ayyamul Bidh?
Ia dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.
Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.
Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda:
Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).”
— Hadis riwayat Tirmizi dan an-Nasa’ie
Nota
Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan).
Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah.
*Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah
Nota untuk kaum hawa:
Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.
Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan.
Lafaz Niat Puasa Hari Putih
Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:
niat puasa ayyamul bidh
Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa.
Fadhilat & Kelebihan Puasa Ayyamul Bidh
1.Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun.
Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.”
— Hadis riwayat Bukhari :1979
Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain:
Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.”
— Hadis riwayat an-Nasai’e
2.Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan:
Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.”
Hadis Riwayat Bukhari
3.Terbukti baik untuk kesihatan secara saintifik untuk mengelakkan kanser dan meningkat sistem imun badan.
*******************************************
Jom puasa!
Terima kasih atas perkongsian ilmu. InsyaAllah...
ReplyDeleteJom!!! kita puasa esok till jumaat :)
ReplyDeleteperkongsian yang bermaafaat. tq
ReplyDeleteWkmsalam
ReplyDeleteSelamat menunaikan puasa putih di bulan Rejab
Alhamdulillah.. selamat berpuasa dan juga selamat berbuka..
ReplyDeleteSelamat berpuasa
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan selamat berbuka nanti :)
ReplyDelete