Ibrah sebuah Perjalanan
Dari renungan hati..
Bila Allah izinkan tiada siapa yang boleh tahan
Dan bila Allah tahan tiada siapa boleh larang.
Highway yang selalunya sibuk
Keretanya jarang2 lalu lalang
Hentian yang dipenuhi orang
Sunyi sepi menusuk perasaan.
Gerai makan berjualan selalunya dipenuhi orang
Hatta surau yang harus beratur saat ingin mengangkat wuduk
Hening..tiada berpapasan.
PKP..dan virus Covid 19
Menghantar ibrah yang mendalam.
Saiznya nanometer yang tak kelihatan.
Ingat..sejarah yang tertuliskan dalam Al Quran
Hanya burung-burung Ababil menghantar batuan
Tentera Abrahah sudah bergelimpangan seperti daun2 di makan ulat-ulatan..😢
Firman Allah Taala dalam al-Quran, “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-pasukan, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.”
(Surah Al-Fil ayat 1 hingga 5)
Manusia adalah khalifah di muka bumi, Allah telah memberi manusia kebolehan mentadbir alam dan seluruh isinya. Kerana itu manusia perlu menggunakan kelebihan ini ke arah kebaikan.
Orang mukmin wajib mempercayai bahawa Allah sangat-sangat berkuasa. Allah mampu untuk membuat sesuatu yang tidak kita jangka hebatnya.
Alam sekeliling menjadi tanda kehebatan ciptaan Allah. Juga pada kehebatan penciptaan diri kita. Allah menurunkan virus Covid19 juga sebagai petunjuk kepada kita akan kehebatan Allah ini.
Semoga kita sama2 mengambil pengajaran.
Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan masih berjalan sehingga 5 Februari. Klik SINI untuk sertai.
Supaya manusia sedar akan kekuasaan-Nya
ReplyDeletekena Always percaya hanya Allah yang berkuasa
ReplyDeleteYe, betul tu. Semoga kita semua dapat redha dengan apa yang berlaku sekarang. Mesti ada hikmah.
ReplyDeleteTiada siapa yang dapat mengatasi Kebesaran dan Kekuasaan-Nya.
ReplyDeleteAllah uji kerana Allah masih sayang
ReplyDeleteLetakkan pergantungan dan sandaran kita hanya pada Allah. Itu ibrah Eza perolehi semasa ujian COVID-19 ni.
ReplyDelete