06 February 2021

Kedudukan Waktu Dan Masa...


Manusia akhir zaman akan merasai kedudukan waktu dan masa yang pantas berlalu sehingga banyak perkara tidak dapat dilaksanakan.

Allah SWT berfirman maksudnya:

"1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

(Surah al-Asr,  ayat 1-3)

Dalam sebuah hadis Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Daripada Abi Hurairah RA: Nabi bersabda:

 'Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu (ilmu semakin berkurang), banyaknya gempa bumi, masa pantas berlalu, terzahirnya fitnah, banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yang melimpah ruah.'" (Hadis  Riwayat al-Bukhari, 1036)

Terdapat beberapa pandangan mengenai maksud "masa pantas berlalu" antaranya kurangnya keberkatan terhadap masa.

Jika pada zaman dahulu, sehari dapat digunakan keseluruhannya untuk kebaikan, tetapi sekarang hanya beberapa minit atau saat.

Ibn Hajar RA berkata: "Ini telah berlalu pada zaman kita. Kita nampak hari-hari berlalu dengan pantas seperti yang belum pernah kita lihat pada zaman sebelum ini."

Masa berlalu pantas juga adalah merujuk kepada perkembangan teknologi dan pengangkutan

Nabi bersabda yang bermaksudnya:

"Daripada Abi Hurairah RA Nabi bersabda: 'Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga masa (zaman) pantas berlalu: Setahun seperti sebulan, sebulan seperti se-Jumaat (seminggu) se-Jumaat seperti sehari dan sehari seperti sesaat. Satu saat yang dimaksudkan adalah nyalaan api yang membakar ranting kering.'" (Hadis  Riwayat Ahmad, 10560)

Semua keadaan yang berlaku adalah merujuk kepada cepatnya masa berlalu dalam erti kata sebenar pada akhir zaman.

Allah akan menjadikan hari-hari sepanjang yang Dia mahu dan sependek yang Dia mahu dengan menggantikan malam dan siang dalam keadaan manusia sedar mengenai perkara itu.

Oleh demikian, saat dan waktu akan terus berlalu tanpa menghiraukan apa yang dilakukan manusia.

Masa yang berlalu tidak akan kembali. Oleh itu, manusia perlu sedar bahawa kehidupan ini tamat tidak lama lagi dan perhimpunan besar di hadapan Allah adalah pasti.

Wallahualam

7 comments:

  1. W'salam,
    Cerita tentang masa, saya akan sentiasa ingat pesan ustaz - solat awal waktu, jangan tangguh dan buang masa.

    ReplyDelete
  2. Cepatnya masa berlalu
    walau 24 jam itu sama sahaja sejak dahulu sehingga kini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... sejak akhir2 ni pun asyik terngiang-ngiang je dlm kepala saya ni "demi masa, sesungguhnya manusia kerugian..." dan "ingat waktu lapang sebelum sempit."

    semua ni yg menjentik hati saya sejak covid, banjir, tanah runtuh, fitnah, pembunuhan semakin berleluasa dlm negara. Semoga Allah ampuni kita semua, amiin.

    ReplyDelete
  4. now hari hari berlalu cepat betul..so kita kenala manfaat kannnn

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam.
    Kita ini mainan waktu.

    ReplyDelete
  6. Mekasih, atas entri ni. Betul belaka. Takut pun ada. Amal tak seberapa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!