02 February 2021

Majlis Tahlil Online Untuk Zubaidi Amir Qusyairi

 


Pemergian Adik Amir atau nama penuhnya Zubaidi Amir Qusyairi memang diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia umumnya, dan kami keluarga besar ESQ khususnya. Kerana Amir begitu dekat di hati kami. 

Justeru, selesai sahaja proses pengebumian arwah pada jam 1 tengah hari semalam, saya terus ambil inisiatif untuk mengadakan majlis tahlil secara atas talian, menggunakan platform Google Meet. 

Demi Amir, kami anjurkan majlis ini di saat akhir. Keluarga umi kami hubungi dan bersetuju dengan cadangan kami. Malah, saya sempat meminta khidmat nasihat bos yang arif dalam hal teknikal terutamanya Google Meet. 



Ini bukan setup saya. Ini setup salah seorang team kami. Sempat juga tubuhkan team walaupun saat akhir. 



Majlis dimulakan dengan bertanyakan khabar umi dan abah. Dan aturan Allah itu memang cantik gais. Salah seorang sahabat yang kini berada di Mexico dapat menghadiri majlis ini. Katanya, waktu di sana adalah pukul 7.15 pagi. Alhamdulilah. 



Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan bacaan doa diketuai oleh Abu Zar. Jemaah lebih ramai yang masuk pada ketika ini. 




Majlis diteruskan lagi dengan luahan hati umi Norlida. Sedih, memang sedih. Dan pada masa ini, Trainer ESQ Pak Firdaus Djamaris direzekikan Allah untuk join walaupun baru lepas ada sesi Online Training. 


Sesi perkongsian oleh Abang Azhar mengambil slot seterusnya. Diikuti renungan dan bacaan doa oleh Pak Firdaus. Lebih istimewa, sesi bacaan doa itu turut disiarkan di Instagram anak abah, Tuhfah Nazira. 



Sebelum berpisah, Abang Azhar belanja kami qasidah. Indah kedengarannya. Menusuk kalbu liriknya. Alhamdulilah. 


Sebelum ada yang tanya macam mana kitorang plan, macam ni je. Setepek setepek setepek, maka jadilah majlis ini. Alhamdulilah. 

Amir, semua orang sayang Amir. Semua orang terkesan dengan pemergian Amir. Namun kami juga tahu, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Amir, tenanglah kau di sana. Ada masa, kami akan datang jenguk kubur Amir di Melaka ya. 

Al Fatihah. 




6 comments:

  1. Al fatihah..
    Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
    Aaminnn...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya, buat tahlil online. Ramai yang dapat masuk ye. Alhamdulillah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... ini salah satu idea yang boleh kitaa gunakan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ramai sayang Adik Amir tapi Allah lebih sayangkan dia

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.Semoga roh Adik Amir dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!