Pemergian Adik Amir atau nama penuhnya Zubaidi Amir Qusyairi memang diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia umumnya, dan kami keluarga besar ESQ khususnya. Kerana Amir begitu dekat di hati kami.
Justeru, selesai sahaja proses pengebumian arwah pada jam 1 tengah hari semalam, saya terus ambil inisiatif untuk mengadakan majlis tahlil secara atas talian, menggunakan platform Google Meet.
Demi Amir, kami anjurkan majlis ini di saat akhir. Keluarga umi kami hubungi dan bersetuju dengan cadangan kami. Malah, saya sempat meminta khidmat nasihat bos yang arif dalam hal teknikal terutamanya Google Meet.
Ini bukan setup saya. Ini setup salah seorang team kami. Sempat juga tubuhkan team walaupun saat akhir.
Majlis dimulakan dengan bertanyakan khabar umi dan abah. Dan aturan Allah itu memang cantik gais. Salah seorang sahabat yang kini berada di Mexico dapat menghadiri majlis ini. Katanya, waktu di sana adalah pukul 7.15 pagi. Alhamdulilah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan bacaan doa diketuai oleh Abu Zar. Jemaah lebih ramai yang masuk pada ketika ini.
Sebelum ada yang tanya macam mana kitorang plan, macam ni je. Setepek setepek setepek, maka jadilah majlis ini. Alhamdulilah.
Amir, semua orang sayang Amir. Semua orang terkesan dengan pemergian Amir. Namun kami juga tahu, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Amir, tenanglah kau di sana. Ada masa, kami akan datang jenguk kubur Amir di Melaka ya.
Al Fatihah.
Semoga beliau tenang di sana. AMin...
ReplyDeleteAl fatihah..
ReplyDeleteSemoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Aaminnn...
Bagusnya, buat tahlil online. Ramai yang dapat masuk ye. Alhamdulillah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.
ReplyDeleteAlhamdulillah... ini salah satu idea yang boleh kitaa gunakan
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai sayang Adik Amir tapi Allah lebih sayangkan dia
ReplyDeleteAl-fatihah.Semoga roh Adik Amir dicucuri rahmat.
ReplyDelete