23 February 2021

Simpanan Tetap Seorang Muslim


 

Simpanan tetap Seorang Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau Mushaf al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil (musafir yang terputus bekalan dalam perjalanan), atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah dia meninggal dunia" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.


Pengajaran:


Amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:


1.  Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk video, buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram, whatsApp dan lain-lain.


2.  Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya


3.  Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar


4.  Masjid yang dibina


5.  Rumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan


6.  Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain


7.  Sedekah yang dilakukan ke atas hartanya semasa sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.


Marilah kita berusaha melakukan pelbagai amal yang ganjaran pahalanya berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.




5 comments:

  1. Wkmsalam
    Selagi ada kesempatan, rebutlah saham akhirat

    ReplyDelete
  2. Harap anak akan selalu mendoakan untuk kita bila kita dah takde. Harapnya begitulah. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. semoga Allah permudahkan kita utk memberi infaq..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita berkesempatan menyediakan bekalan dan saham berterusan walaupun dah tiada nanti. Aaminnn

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!