05 February 2021

Tomyam Kosong?


Saya biasa makan nasi setiap Selasa dan Jumaat. Kerana saya berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis dan sambung IF selepas berbuka dengan air kosong. 

Biasanya hidangan saya adalah nasi putih, telur dadar dan sup kosong. Kadang-kadang ada timun.

Dan sup kosong tu saya guna cara yang sangat mudah. Hanya tuang air ke dalam periuk dan masukkan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati. Dah mendidih, tutup suis dan sejukkan seketika. Sedia untuk dimakan. 

Tiba-tiba......

Minggu ni terasa nak cuba benda baru. Jadi, saya beli kiub pati tomyam dan masak sup kosong guna kaedah yang sama.

Tomyam kosong dalam periuk. 

Tomyam kosong dah disalin dalam bekas.

Susunan yang cantik untuk bekalan BDR. Hehehe.

Sedap jugak tomyam kosong ni. Rasa macam tengah makan maggi tomyam. 

Uish, teringin pula. Hahaha. 

15 comments:

  1. tomyam kosong dan telur dadah!! sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. rasa kuah tomyam yg masam2 tu memang menyelerakan... kadang hirup kuah je pun dah sedap

    ReplyDelete
  3. rajin puasaa., bagus utk diet.,
    senang je masak cincai utk sorang2 kann., hehehe

    ReplyDelete
  4. Memang kuah tomyam sedap. Hehe saya baru makan makanan megi tomyam.

    ReplyDelete
  5. Yang ringkas tu lah yg sedap sebenarnya kan :)

    ReplyDelete
  6. Walaupun simple, sangat sedap!!! Sedapnya kuah tomyam tuuu!!!

    ReplyDelete
  7. Eza pun kalau menu begini bertambah nasik ni. Haha.

    ReplyDelete
  8. Aduhai, kuah tomyam lawan dengan telur dadar dan timun... terliur!

    ReplyDelete
  9. Telur dadar memang tak pernah jemu makan.

    ReplyDelete
  10. Sedap dan mudah nak sediakan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  11. Hebat Adinda Baizura ni. Puasa, IF. Makan pun tomyam kosong. Saya pun rasa nak ikut juga ler. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!