Ujian itu datang setiap hari. Ujian itu datang tanpa henti. Ujian itu datang tanpa tapi.
Sama ada ia datang terus pada kita, atau ia akan datang melalui orang lain. Tidak kira kita kenal atau sebaliknya.
Dan kita akan diuji dengan apa yang kita percaya.
Kita percaya cinta manusia itu membahagiakan kita, maka kita akan diuji dengan cinta manusia.
Kita percaya idola itu banyak kebaikannya, maka kita akan diuji dengan terujinya idola.
Kita percaya wang dan harta membawa senyuman bahagia, maka kita diuji dengan hilangnya semua.
Kita diuji dengan ilmu di dada, maka kita akan diuji dengan ilmu yang kita ada.
Pernah?
Maka, lakukan semuanya sederhana sahaja.
Kerana jika kau melampaui batas yang ada,
Mungkin hanya kebodohan yang menjadi cerita.
Atau mungkin aib yang selama ini tidak terlihat dek mata.
Sekian.
Kita memang tak boleh lari dari diuji. Tapi kita boleh pilih macam mana nak mengatasi ujian tu.
ReplyDeleteujian utk setiap manusia selagi masih hidup
ReplyDeleteujian tu datang tanpa kita minta
ReplyDeleteUjian tanda Allah sayang kita. Ada rahmat dan hikmmah disebaliknya :)
ReplyDelete